Surpriseee...... Tiba-tiba sahaja di pagi hari Khamis lepas (1 November 2012), Mia dapat handbag baru daripada Kak Aida, rakan sepejabat. Kiranya Kak Aida ni rapat dengan Mia. Tidak sangka betul. Mentang-mentang 3 hari sebelumnya Mia ada sesi fotografi di luar, naik kerja dapat hadiah. Mimpi apa pula Kak Aida ni...

Ohhh rupanya, Kak Aida memang berhajat nak hadiahkan handbag baru pada Mia memandangkan handbag yang Mia guna sekarang ni dah lama sangat. Kali terakhir Mia beli handbag pada tahun 2008, itu pun masa mengandungkan Sofea dulu.

Sayang juga Kak Aida pada Mia ni. Terharunya Mia... Mia ni selagi boleh guna handbag yang ada, Mia guna je sehinggalah dah rosak ataupun koyak barulah beli yang baru. Tup-tup... belum sempat beli yang baru, dah ada orang hadiahkan. Syukurnya...

Jom tengok handbag baru Mia...




Hmmm... besar kan? Boleh sumbat macam-macam kat dalam ini. Semuanya bolah masuk dalam ni. Sesuai diguna untuk kerja di pejabat, outstation dan keluar bersama keluarga. Macam tahu-tahu je Mia suka warna hitam...

p/s: terima kasih ya Kak Aida.... love you so much!