Hmmm... leganya dapat online dengan laptop sekarang. Rasanya macam tak sabar nak update blog bila dah sampai rumah tadi. Setelah selesai segala urusan, Mia barulah dapat mengadap blog ni.

sumber gambar : google

Pagi tadi masa nak bangun tidur, Mia terkena simpul biawak. Rasa kekejangan otot (cramp) kat betis kaki kanan ni. Punyalah sakit sampai tidak boleh keluar suara. Mungkin sebab dah 3 malam tidur di Klana Resort kerana berkursus. Aircond pula tidaklah sejuk sangat. Tidur pula memang berselimut. Kali terakhir kena simpul biawak masa mengandungkan Sofea dulu.

Nasib baik ada roommate yang prihatin, Shira tolong carikan minyak panas dan sapu di kaki Mia. Kak Aida yang berada di bilik sebelah pun datang juga, urutkan kaki Mia. Lepas setengah jam barulah boleh bangun. Itupun jalan terdengkut-dengkut pada mulanya. Lama-lama baru dapat berjalan dengan biasa.

Sehingga kini, masih lagi ada rasa sakit di tempat yang kejang ni. Mungkin esok Mia akan pergi urut. Nak minta betulkan urat yang simpul ni...

p/s: sakit sungguh kalau terkena simpul biawak.... huhuhuhu