Semalam  petang, kami bertandang ke rumah Pak Lang Suami Mia di Ulu Tiram. Borak punya borak sampai tak sedar dah lebih 12.00 tengah malam rupanya. Mentang-mentang malam minggu, esoknya Ahad. Tidak kisah kalau balik lambat pun.

Masa untuk pulang. Balik lalu highway Desaru-Senai dan Suami Mia bawa ala-ala santai sambil dengar radio. Bila lalu kawasan jalan nak ke UTM sebelum U-Turn yang dekat dengan McDonald, Shell tu. Tiba-tiba sekumpulan mat rempit bawa motor punyalah laju. Ramai jugalah, tak sempat nak kira sebab laju sangat. Aduhai, punyalah risau. Sungguh membahayakan keadaan. Memanglah kereta tidak banyak masa itu sebab dalam pukul 1.00 pagi.

Membebel lah Mia kat dalam kereta. Bising pasal mat rempit ni tak sayangkan nyawa dan membahayakan orang lain. Mungkin malam tadi tengah ada race... Kita hanya mampu melihat sahaja....

p/s: hati-hati di jalan raya....