Terima kasih pada rakan-rakan sekalian yang begitu prihatin dan maklumkan pada Mia sejurus selepas penjadualan temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 diumumkan tempohari semasa Mia sibuk berkursus.

Mia telah pun buat semakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di SINI. Memanglah perasaan berdebar-debar nak tahu keputusan tarikh temuduga yang dinanti itu memandangkan Mia telah lulus peperiksaan tempohari..


klik pada gambar untuk besarkan

Keputusannya... didapati nama Mia tidak tersenarai dalam fasa pertama. Walaubagaimanapun Mia sentiasa semak nama Mia... kot-kot tiba-tiba muncul ke.... Risau juga masih banyak yang belum dibacanya lagi. Lega, Mia masih ada masa lagi untuk buat persediaan bagi temuduga ini.... Syukur...

sabar menanti dengan debaran.....