Baru sahaja pulang dari Plaza Angsana. Happening betul kat sana. Macam ada event kat sini, yang kat bahagian luar lagilah meriah.

Di dalam hati memang tujuan utama nak cari monopod + lens tu yang terus ke Online Street Bazaar. Katanya sampai 30 Mac 2014. Itupun tahu bila dok survey kat instagram. Ada beberapa booth tapi kami pilih yang di bahagian belakang. Murah sedikit dari yang di bahagian depan. Bila dah beli rasa leganya dan barulah beli yang lain.

Monopod pink : RM 35
3 in 1 lens : RM 35
Chocolate stick : RM 5
Chocolate cake : RM 5
Gelang tangan Sofea : RM 5


Dah habis beli barang terus balik. Tak lepak mana-mana. Dalam hati tak sabarnya nak guna... Syukur, dapat beli di depan mata. Boleh pilih sendiri...

selesai kes nak monopod + lens...