Aktiviti petang hari kedua (Sabtu 22 Mac 2014) yang paling ditunggu Sofea. Selepas makan tengahari dan puas bersantai dalam bilik, bila petang menjelma. Sofea mulalah sibuk keluarkan baju renang dia dan bersiap walaupun masih selsema lagi.

Memang dah menjadi kesukaan dia kalau pergi mana-mana hotel wajib akan tanya, "Ada swimming pool, tak?". Ayat yang dah jadi kebiasaan ni.

Swimming pool atau kolam renang di Hotel Silka Johor Bahru ada 3 bahagian, iaitu kolam renang dewasa, kanak-kanak dan jacuzzi di bahagian atas. Tempatnya cantik dan luas. Selesa sangat nak berenang di sini.

Jom kita tengok...











Dah puas panggil suruh naik, tak mahu juga naik. Asyik nak duduk dalam kolam renang saja. Bila hari dah nak gelap, memang kena paksa naik juga. Kat sini swimming pool dibuka sehingga 10.00 malam. 

tak sabar rasanya nak barbequeue (BBQ) dinner pada sebelah malamnya....