Sejak Mia boleh online dengan handphone rasanya banyak masalah Mia yang dahulu dapat diatasi. Dulu kan susah nak online. Terpaksa mengadap komputer atau laptop barulah online. Sejak Mia bertukar kepada handphone Samsung S Advance pada 27 Jun 2012. Kisahnya ada di SINI. Masa itu Mia baru nak berjinak-jinak dengan smartphone. Perlahan-perlahan kayuh lama-lama bila dah serasi dan sesuai untuk berblog, Mia tanamkan impian untuk memiliki handphone yang lagi canggih supaya semua aplikasi bila dibuka dalam satu masa tidak hang. 

Akhirnya... pada 30 September 2013, handphone Samsung Note 3 telah berada di genggaman. Masa itu terfikir dan berharap handphone ini menepati citarasa Mia. Alhamdulillah... sehingga sekarang Mia gunakan handphone ini Mia amat berpuashati. Memang best lah dan Mia boleh blogwalking dan update blog seperti biasa. Ibarat kata orang macam komputer kecil yang boleh dipegang kat tangan. Macam itulah yang Mia alami.

Sejak dah ada powerbank Samsung lagi memudahkan Mia. Lebih-lebih lagi untuk cas handphone Mia di mana-mana. Terasa begitu lengkap keperluan Mia sekarang ini. Powerbank dah siap-siap cas dulu sebelum keluar rumah. Jadi.. tiada alasan untuk kita tidak boleh online.

Amat menyenangkan Mia bila ada apa-apa notifikasi dari emel, facebook, twitter, instagram dan whatsapp, Mia tidak tertinggal dan boleh tengok terus. Handphone yang ada, digunakan sepenuhnya. Syukur sangat, Mia pun tak sangka yang keputusan ragu-ragu tahun lepas apabila nak bertukar kepada smartphone lebih canggih membuahkan hasil. Mia tidak guna mana-mana aplikasi mobile untuk update blog. Mia hanya gunakan Chrome. Macam kita update kat komputer atau notebook. Sebab Mia dah serik guna aplikasi mobile. Ada kisahnya di SINI.

Memang diakui bila menjadi blogger ini, banyak benda yang kita kena tahu dengan update terkini. Apa yang dilalui dulu.. dengan masalah yang dihadapi.. bila difikir secara positif boleh diatasi sebenarnya. Seterusnya mengubah kita kepada yang lebih baik. Jika kita berfikir secara negatif, nescaya tidak ke manalah kita. Duduk kat takat itu saja.  Kalau tak ada masalah kita tak mungkin jadi seperti yang ada sekarang ini. Semua orang ada matlamat untuk berblog. Kejarlah impian itu, jangan biarkannya terkapai-kapai.

Kerana Mia percaya pada usaha. Kita mungkin tidak popular atau famous, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi blogger yang berjaya. Di era serba moden dan berteknologi maklumat ini, prospek blog semakin cerah dan kalau lepaskan peluang ini, akan menjadi sia-sia nanti. Berblog melalui handphone akan menjadi kebiasaan di masa akan datang.

Anjakan paradigma.. berhijrah ke arah teknologi yang lebih memudahkan...

best tau.. bila boleh beronline dengan handphone ini.. tak percaya.. buatlah..