image Resepi Sambal Kacang - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Sunday, 18 June 2017

# Dari Dapur Mia

Resepi Sambal Kacang



Sambal kacang memang dah jadi kegemaran keluarga Mia. Bila makan lauk lodeh lagi sedap kalau ada sambal kacang. Di sini Mia ingin kongsikan resepi sambal kacang.

Bahan-bahan untuk dikisar :
100 gram lada kering 
100 gram belacan 
400 gram bawang besar 
50 gram bawang putih 
2 batang serai yang dihiris halus
50 gram halia yang dihiris halus
1 sudu makan ketumbar
½ cm jintan manis
½ cm jintan putih

Bahan-bahan lain :
4 sudu makan air asam jawa
150 gram gula melaka
150 gram gula pasir
½ sudu garam
150 gram kacang tanah yang dikisar
Air secukupnya

Cara nak masak :
  1. Tumis semua bahan yang dikisar dalam kuali sehingga naik bau
  2. Masukkan air asam jawa
  3. Masukkan gula melaka
  4. Masukkan garam
  5. Masukkan kacang tanah yang dikisar
  6. Masukkan air sedikit jika tidak mahu kuah sambal kacang terlalu pekat
  7. Gaul sehingga sebati dan matikan api apabila sudah mendidih

Untuk tambah rasa enak lagi bolehlah masukkan 2 atau 3 helai daun salam sebagai penambah selera dan aroma masakan.

Senang-senang nanti bolehlah cuba resepi keluarga Mia ni...

** makan dengan apa saja pun sedap... (^_^)


Entri berkaitan :

7 comments: