EMBAH JID BAKAL MEMBERI NAFAS BARU DALAM IRAMA MALAYSIA DI ERA 2020

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Kalau perasan macam dah jarang dengar lagu-lagu irama melayu berkumandang di radio sekarang ini. Kalau dulu masa zaman irama melayu 1990-an, Mia paling minat dengan lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah dimana irama Malaysia telah bermula sejak era 80-an lagi. Siap nyanyi karaoke dan hafal lagunya. Antara lagu favourite yang Mia suka, Awallah Dondang, Balqis, Nirmala, Ya Maulai dan lain-lain lagi. Alunan merdu. Sedap didengar penuh dengan lenggang lengguk irama Malaysia.

Ironinya, zaman semakin berlalu dengan pelbagai genre muzik yang kini generasi muda lebih suka kepada pop, balada, blues, rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi. Kelak siapakah yang bakal dipersalahkan?

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan?? Tetapi bagi Mia irama Malaysia ini unik dan asli ibarat irama  yang relevan di sepanjang zaman. Takkan boring kalau kita selalu dengar. Betul tak?

Di sini Mia kongsikan harapan seorang pencinta seni muzuk yang bakal memberikan nafas baru dalam irama Malaysia / etnik kreatik pada era tahun 2020. Jom kita baca....


SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".





KENAPA EMBAH JID???

** Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .



PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai -
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -




Wahhh.. Bila tengok profil Embah Jid ini, Mia berasa kagum dan bangga dengan segala pencapaian dan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". Memang terbaiklah.


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3, 4 dan 6, 7, 8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.



Profil Embah Jid :



Post a Comment

10 Comments

  1. Rundu jugak lagu2 irama malaysia mcm zaman dlu. Hope lagu joget embahjid yg bakal keluar nnti boleh memberi inspirasi kpd ramai ank muda

    ReplyDelete
  2. semoga lagu irama Malaysia ni mampu berdiri seiring dengan lagu2 zaman sekarang

    ReplyDelete
  3. halah...syoknya tengok zapin ni... kalau takde entry ni memang tak tau embah jid ni tau

    ReplyDelete