image Tukar Alternator Kereta - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Friday, 27 September 2019

# Hyundai Getz

Tukar Alternator Kereta

Kisah pada tengahari Rabu (18.9.2019) minggu lepas. Ketika drive nak ke pejabat lepas lunch, Mia perasan simbol bateri menyala. Isyarat amaran. Selama ini tak pernah menyala. Timbul kerisauan di hati.

Sampai pejabat, Mia terus google apa maksud bila simbol bateri menyala. Ini adalah tanda-tanda yang alternator kereta di penghujung hayatnya. Tak boleh hantar ke bengkel esok. Kes darurat ini.
Snap semasa berhenti sekejap 

Makanya, selepas ambil Sofea balik petang itu terus Mia ke bengkel. Dalam hati, agar masih boleh bertahan lagi kereta ini. Mujur boleh dibaiki dan siap pada malamnya.

Masuk bengkel


Alternator yang lama

Dah pasang alternator baru

Simbol bateri dah tak menyala


Selesai jua akhirnya. Lega terasa di hati ini. Agak terlambat sedikit Sofea pergi ngaji malam tu. Ustazah ok.. sebab dah maklumkan awal akan datang lambat.

Alhamdulillah....  nasib perasan dan cepat-cepat hantar bengkel.


** kisah kereta kesayangan... (^_^)


7 comments:

  1. Akk pernah kena kejadian macam ni, tapi akk panik, tak macam Mia boleh rilek jer bawa ke opis & siap google ek, hihi. Akk takut kereta mati tgh jalan masa tu & akk terus drive ke kedai bateri kereta. Ya, masalah alternator dan selesai hari tu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur mia makan kat area uda je kak seri. kalau pape berlaku kedai bengkel pun dekat. mia first time ni.

      Delete
  2. alhamdulillah..nasib baik kereta okay dan sempat ke bengkel. kalau saya pun cuak. thank you kak mia for sharing experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ya ain. yang penting jangan panik kalau ada apa-apa yang berlaku.

      Delete
  3. ooo alternator ni boleh efek lampu simbol bateri kereta ekkk..baru tahu...thanks kak mia kongsi pengalaman ni

    ReplyDelete