image Resepi Popia Chocolate dan Choco Nestum - Mia Liana

Saturday, 3 April 2021

# Dari Dapur Mia

Resepi Popia Chocolate dan Choco Nestum

Resepi Popia Chocolate dan Choco Nestum yang mudah dan senang untuk disediakan ini, Mia kongsikan buat tatapan pengunjung sekalian. Dah namanya chocolate memang favourite Mia dan Sofea. Sofea pun dah pandai buat sendiri di dapur.

Resepi dan cara nak buat Popia Chocolate dan Choco Nestum seperti berikut :

Bahan-bahan :
  1. 1 pack popia
  2. Dark chocolate
  3. Nestum

Cara nak buat :

  1. Ceraikan kulit popia
  2. Gulung kulit popia dgn straw  dan potong 2 Jangan buat ketat-ketat nanti susah nak keluarkan straw. Kemudian lekatkan dengan campuran tepung gandum dan air sebagai gam. 
  3. Goreng di atas kuali sehingga warna keemasan.
  4. Cairkan dark chocolate dengan double boiling.
  5. Celupkan popia yang telah digoreng dengan dark chocolate yang dah cair
  6. Gaul dengan nestum


Seronok gulung kulit popia, diam tak diam dah banyak digulungnya. Boleh cuba di rumah dan buat bersama dengan anak. Pasti meriah...


** dapur time....


 


4 comments: