Teleport Oleh AirAsia Tawar Lebih Ganjaran Untuk Rakan Penghantar

Rakan penghantar pasukan airasia Delivery Team bakal menikmati lebih ganjaran melalui skim baharu yang membolehkan mereka menjana pendapatan sehingga RM 2,000 seminggu.

Teleport, cabang logistik airasia Digital kini melancarkan program ganjaran baharu untuk rakan penghantarnya, yang juga dikenali sebagai airasia Delivery Team. Ganjaran ini tersedia untuk rakan penghantar semasa dan baharu, membolehkan mereka menjana lebih pendapatan, menerima perlindungan insurans, dan menikmati gaya hidup lebih baik.



Setiap rakan penghantar pasukan airasia Delivery Team akan mendapat ganjaran* berikut berdasarkan pangkat mereka yang bermula daripada Kadet, Pegawai, Kapten dan akhirnya Allstars.

  • Menjana pendapatan sehingga RM 2,000 seminggu
  • Mendapat pulangan tunai sehingga RM 2,000
  • Menerima perlindungan insurans Perubatan dan Kemalangan Peribadi sehingga RM 85,000
  • Menikmati diskaun 90% bagi tiket penerbangan ke lebih dari 160 destinasi (termasuk Jeddah dan Madinah)
  • Menerima tuntutan bagi Covid-19 dan elaun hospital bagi pesakit Covid-19
  • Mendapat tuntutan elaun bagi kerosakan telefon bimbit sehingga RM 750

Ketua Operasi Penghantaran Teleport, Siva Indran berkata, “Kami percaya bahawa kami bertanggungjawab untuk menjaga rakan penghantar kami dan memberi lebih ganjaran kepada mereka. Daripada perlindungan insurans perubatan kepada elaun hospital, serta perlindungan insurans kemalangan diri, kami ingin memastikan bahawa semua ahli pasukan airasia Delivery Team dilindungi sepenuhnya dari segi aspek kesihatan. Saya amat bangga dengan perkembangan syarikat kami secara keseluruhannya, dan juga terhadap perkhidmatan penghantaran kami. Saya juga yakin bahawa kita dapat berkembang lebih maju pada masa akan datang. Kepada semua yang berminat untuk menyertai pasukan airasia Delivery Team, jangan ragu-ragu lagi kerana kami akan menyokong anda sepanjang masa.”

Kami akan membuat penghantaran untuk anda!


Kenaikan pangkat rakan penghantar bermula daripada Kadet kepada Allstars adalah melalui sistem mata bermula pada mata sifar pada permulaan, dan akan meningkat secara beransur-ansur. Lebih banyak penghantaran yang dibuat, lebih banyak mata yang diperoleh. Sebagai ahli pasukan airasia Delivery Team, rakan penghantar dapat membuat penghantaran mengikut masa yang fleksibel. Sekiranya mereka sibuk pada waktu siang, mereka boleh juga membuat penghantaran pada waktu malam!

Untuk menyertai pasukan airasia Delivery Team, mengetahui maklumat lebih lanjut dan mendaftar, layari https://www.teleport.asia/en/delivery-partner-bm

*Tertakluk pada terma dan syarat

Post a Comment

0 Comments