image Selamat Hari Guru 2021 - Mia Liana

Sunday, 16 May 2021

# From Me

Selamat Hari Guru 2021

Hari ini, 16 Mei 2021 adalah hari untuk meraikan mereka yang bergelar guru. Begitu besarnya pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

Mudik ke hulu mencari palas,
Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.


Burung kedidi di tepi perigi,
Menyusur lalu mencari makan,
Guru kita sentiasa di hati,
Moga hidup sejahtera dan aman.


Pergi ke sawah menanam padi,
Pulang ke rumah lewat petang,
Jasa guru sentiasa di hati,
Akan sentiasa kami kenang.



Dikesempatan ini, Mia ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru, pendidik dan pensyarah. Jasamu sangat berharga buat kami. Terima kasih tidak terhingga.



14 comments: