Restock Ikan Laga - Mei 2021

Mia masih lagi maintain dengan hobi bela ikan laga. Mia memang jaga dengan baik ikan-ikan laga yang Mia pelihara. Jaga makan dan tukar airnya mengikut waktu. Namun, ada juga yang mati disebabkan tua atau sakit. 

Minggu lepas Mia pergi restock 3 ekor ikan laga jantan di Taman Ungku Tun Aminah Johor Bahru. Pilih yang besar sedikit, garang dan aktif. Memandangkan dah selalu sangat beli kat kedai Asia Fish Farm ini, dapatlah ikan laga yang cantik 3 ekor dengan harga RM20. Kalau yang saiz kecil 3 ekor dapat RM10. 
Beli dan ikat dalam plastik saja. Senang.
Koleksi Mia. Dah bertambah menjadi 5 ekor ikan laga setakat ini. Seekor daripadanya, ikan laga betina. Sweet je tengok karenah ikan-ikan ini apabila pulang dari kerja. Menghiburkan hati. Hilang rasa penat kerja.


** sayang sangat...


Post a Comment

7 Comments

  1. wahh rajin betul bela ikan .. kalau tengok ikan ni macam terapi kann.

    ReplyDelete
  2. Comel comel ikan laga kak mia. saya dah berapa kali beli dah, paling lama bertahan beberapa bulan je. Masih tak pandai nak bela. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. takpe. paling senang nak bela ikan laga... air tak cepat kotor...

      Delete
  3. Ikan laga saya baru je mati kak mia..sedih betul..xsmpai setahun jaga dia..

    ReplyDelete