image Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 - Mia Liana

Thursday, 13 May 2021

# Family Matters # From Me

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021

Wahhh.. hari ini 1 Syawal yang dinanti. Hari pertama raya Aidilfitri di rumah sahaja. Walaupun kita sambut di rumah tapi masih lagi boleh berhubung melalui video call dengan keluarga di kampung dan Adik Mia yang berada di Brunei. Rindunya kat adik-adik, mak dan ayah Mia. Moga mereka selamat di sana. Brunei raya lambat sehari dari Malaysia.


Di kesempatan ini, Mia dan Sofea ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021 kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam. Usah bermuram durja tidak boleh balik kampung buat pertama kalinya pada tahun ini. Kita masih boleh beraya dan bertanya khabar keluarga melalui panggilan telefon dan juga video. Yang penting, kita kena jaga diri kita sendiri dalam keadaan pandemik covid 19 yang semakin membimbangkan. Raya ala norma baharu.

Kami sambut raya bertiga di rumah ini. Mia, Sofea dengan Adik Mia. Sederhana seadanya. Alhamdulillah....


** maaf zahir dan batin....


18 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut raya PKP
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Comelnya kak Mia n Sofea. Warna pink manis je

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak mia dan keluarga! :)

    ReplyDelete
  5. sederhana seadanya.. betull.. ain pun raya simple2 je .. yg penting bsyukur dgn rezeki yang ada kan.

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri Kak Mia dan keluarga..
    maaf zahir batin =)

    ReplyDelete