image Prestasi Pencapaian Pembelajaran PDPR Sofea - Mia Liana

Saturday, 21 August 2021

# Family Matters

Prestasi Pencapaian Pembelajaran PDPR Sofea

Alhamdulillah, Mia rasa syukur sangat dengan prestasi pencapaian Sofea semasa pembelajaran PDPR dari bulan Mei sehingga Ogos 2021. Sofea dapat Anugerah Murid Tugasan Terbaik PDPR dalam kelas dia. Pemilihan dibuat oleh penilaian markah tugasan daripada guru semua subjek yang mengajar Sofea semasa tempoh PDPR tersebut. Mia nampak usaha Sofea yang bersungguh dalam menyiapkan tugasan dan homework yang diberikan. Dia mementingkan kualiti dalam setiap tugasan. Oh ya... Pagi Sabtu lepas, kami ambil sijil dan hadiah secara drive thru di sekolah.



Untuk aktiviti Unit Beruniform, Sofea join Cabaran Siber Unit Beruniform 2021. Tak sangka pula Sofea mendapat tempat pertama pada Minggu Pertama dan tempat kedua pada Minggu Kedua. Jadinya, pagi tadi drive thru ke sekolah untuk mengambil hadiah dan sijil. Menarik sungguh hadiahnya. Memang sesuai sangat untuk digunakan semasa PDPR Sofea.



Dapat Gaming Headphone dan Stand Holder. Suka sangat Sofea. Terima kasih cikgu-cikgu semua. Syukur sangat Mia.


4 comments: