image Jom Masak Puding - Mia Liana

Friday, 17 September 2010

# Dari Dapur Mia

Jom Masak Puding

Hari ini, pagi-pagi lagi Mia dah sibuk cari-cari bahan nak buat puding. Musim raya ni kan senang, boleh sajikan pada tetamu yang hadir. Mia memang suka sangat puding ni. Tak lah susah sangat nak buat, cuma letih mengacau puding. Kalau tak kacau nanti tak elok pudingnya. Jom tengok cara-cara Mia buat puding ni...


Bahan-bahan nak buat puding ialah 1 tin tepung jagung butterfly, 6 sudu besar tepung bird custard, 13 cawan air, sedikit esen vanilla, sedikit garam dan 10 sudu besar gula. Buat macam manis-manis buah, tapi jangan manis sangat. Semuanya ni dicampurkan dan digaul sampai pekat dalam periuk. Masak atas api yang sederhana. Bila dah likat, dan bunyi blurp dah keluar, bolehlah dituangkan kat bekas. Biarkan seketika sehingga sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.


Bahan-bahan nak buat kuahnya pula ialah 2 tin krim jagung, 5 tin susu cair dan gula. Campurkan ke dalam periuk dan masak sampai cair gulanya dan digaul rata. Banyak gula tapi agak-agaklah manisnya ikut sesedap rasa. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk.


Nak sediakan puding ni, senang saja. Hanya perlu potong dalam bentuk dadu dan curahkan kuah tadi ke atasnya. Hmmm... sedap. Selamat mencuba resepi yang simple ini. Semoga berjaya...


p/s: nak rasa tak? jemputlah datang beraya ke rumah Mia...

16 comments:

  1. puding is my faveret..dpt pkwe pun name pudin..huhu..

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya tengah mengidam puding..
    baru upah kawan buatkan..
    tak pernah buat seumur hidup..
    hari isnin ni dia bawakan.. :)

    ReplyDelete
  3. Thanks Dear dgn resepi step by step makanan fav. I ni.. biasa juga buat tapi resepi kuah u punya ni mcm senang sikit berbanding yg kena bubuh telur tu.

    ReplyDelete
  4. terima kasih... mia memang suka sangat puding ni. tak jemu2 makan.kawan-kawan yang datang, siap mia bungkuskan sekali. diorang memang suka.

    anip : meh datang raya sini,leh rasa puding ni.

    isza : oo ngidam puding. nanti boleh cuba la resepi ni.

    kak yong : 2 tupperware tu = 1 mangkuk kaca (yg dalam gambar tu) = 8 orang makan

    miss mirror : resepi ni tak pakai telur... kekuatannya pada kuah sebab ada jagung...

    ReplyDelete
  5. lionteen mau buat bubur jagung..
    jom2..
    lalalala

    ReplyDelete
  6. kak mia cyg...ni puding kastard ek???xcampur mix fruit or pe2 dah ek???just kuatkn rse dia ngn jgng ke???hehe..bnyk tnye la plak..

    ReplyDelete
  7. white daisy : ni puding jagung. guna sepenuhnya tepung jagung. campur skit tepung kastard. sentiasa gaul sepanjang masa sampai pekat betul.

    selalunya kuah cuma susu cair je kan? tapi yang ni, bubuh jagung kat kuahnya untuk kelainan. nak letak fruit pun boleh.. tapi nanti rasa jagung hilang pula...

    cubalah, memang sedap.

    ReplyDelete
  8. lionteen : selamat buat bubur jagung.. nanti pas kan kat sini skit ye?

    ReplyDelete
  9. wah..nyummy2 sedpnya!!!!!!!!!!!!
    teringin nak wat...:))
    nt la ada masa..nk blaja jgak :))

    ReplyDelete
  10. ifa sslu gaka wat puding nie!simple je kan sis..hihi

    ReplyDelete
  11. heheheh suke ngan puding kastar yg ade kuah mix fruit tu

    ReplyDelete
  12. salam...

    saya tumpang amik resepi puding.. nak try gak utk kenkawan dtg hujung minggu nie..

    ReplyDelete
  13. rugi kalau tak cuba resepi ni... senang-senang cubalah...

    ReplyDelete
  14. oh tidakkk TT_TT
    sedap bangetttt hihihi

    ReplyDelete