image Mee Hoon Goreng - Mia Liana

Saturday, 18 September 2010

# Dari Dapur Mia

Mee Hoon Goreng

Musim raya macam ni, kalau orang datang rumah biasanya tuan rumah akan sajikan hidangan ringan selain dari kuih raya. Maka, mee hoon goreng lah yang paling cepat dan senang nak dibuat. Anda semua masak apa yek?


Terpulang pada kita nak masak macam mana? samada nak blender ataupun tumbuk rencahnya. Mia lebih suka tumbuk, lebih rasa rencahnya nanti. Memanglah agak letih, tapi cukup puas hati. Bahan-bahan lain seperti ayam, udang, tauhu, sayur sawi pun turut menambah selera. 

Apalagi kalau letak udang memang terasa sangat kesedapannya. Mia kopek udang terlebih dahulu, supaya senang nak makan. Untuk rasa lebih pedas, letaklah lada boh banyak skit. Suami Mia tak makan tauge jadi Mia gantikan dengan sayur sawi. Udang dan ayam pula Mia goreng separuh dulu. 

Setelah siap semuanya, rencah yang dah ditumbuk tu, digoreng sampai garing (suami Mia suka garing-garing skit sampai naik bau), masukkan lada boh. Biarkan lama skit baru masukkan udang dan ayam, jangan lupa letak garam. Mia masukkan air skit baru letak mee hoon, dan gaul sehingga rata. Akhir sekali campurkan sayur sawi dan tauhu goreng. 

 

Mia hidangkan bersama daun sup dan timun. Dah siap masak ni, jemputlah makan... tambah lagi kalau tak cukup. Makanlah sampai kenyang.

8 comments:

  1. mee ja !
    nak nasi tomato boleh ?
    haha ..

    apa2 pown selamat hari raya,,
    maap zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Tukang masak kerejanya enteng
    Hari Raya masak bihun goreng
    Campur sawi, tambahkan lah udang
    Bila makan mata naik juling..
    (lagu P Ramlee)

    ReplyDelete
  3. sedap nyer tengok. terus rasa nak g mkn.

    ReplyDelete
  4. kak mia mmg mask asgkan syq ehh hihi
    bgs!!!!!! suka2 :)))

    ReplyDelete
  5. mmg sgt simple dan senang nak dibuat!hihi

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas komen kawan-kawan sekalian...

    velasrizal : kalau open house, kena masak lagi banyak... heheh...

    de din : uikk! selamat hari raya juga.. kalau nak nasi tomato datang rumah org lain..rumah mia takde..

    Mhps : siap nyanyi lagi... so sweet...

    fatin : terima kasih.akak memang asingkan..

    ReplyDelete
  7. waaaa....cam sedap jer mee hoon tu kak,nasib dh x posa klu x ter kecor2la jwbnyer....hehehe

    ReplyDelete