image Cek Kedua Mia dari Nuffnang - Mia Liana

Thursday, 9 September 2010

# Blog Matters

Cek Kedua Mia dari Nuffnang


Alhamdulillah, semalam balik-balik rumah aje, dapat surat dari Nuffnang. Suka sangat, rasanya macam dapat duit raya. Gembira tak terkata. Mia cashout pada 30 Julai 2010 yang lepas. Terima kasih Nuffnang.

Oh ya! Nak tahu berapa amaun cek pertama Mia? Sebenarnya Mia segan nak beritahu. Tetapi memandangkan ramai blogger dah berbuat demikian, Mia pun nak beritahu juga. Sekurang-sekurangnya prestasi pencapaian blog dapat direkodkan dari semasa ke semasa. Harap maaf, tujuan Mia bukanlah untuk menunjuk-menunjuk walaupun amaun yang diterima tidaklah sebanyak mana. Bersyukur atas apa yang ada.


Kawan-kawan blogger tentulah dah mengenali Mia, kan? Mia tak pernah berkira pun. Tapi Mia kenal dan ingat kawan-kawan blogger yang rajin berkunjung ke sini dan nuff iklan Mia... Terima kasih tak terhingga diucapkan. Sama-samalah kita menjana pendapatan sampingan di arena blogging ini...

p/s: terfikir juga kenapa dari dulu tahun 2007 tidak letak iklan kat dalam blog... nak sedapkan hati, mungkin dulu untuk suka-suka, tapi sekarang pendapatan sampingan...

15 comments:

  1. tahniah..best tuh dh dpt duet dr nuffnang..

    ReplyDelete
  2. dah dpt duit ry la..
    hehe..

    lionteen slalu jugak klik2 kat sini..hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah mia...
    xsabanye nak cash ot gak tp nak tgu byk dulu...hehhe

    ReplyDelete
  4. Samalah kita mia.. MH terdesak nak cari pedapatan sampingan tp nk yg dok d rumah je.. nampak macam x de hasil gak.. sen2 je yg masuk.. huhu..

    ReplyDelete
  5. sambil2 lepak ada juga masyuukkk ye mia..:)

    ReplyDelete
  6. ya... terima kasih, semua. maafla tengah musim raya ni sibuk sangat.. tak dapat balas dengan cepat.

    ReplyDelete
  7. wah bestnya kak mia..
    tpkan Fatin x bapa paham nak guna nuffnang 2 :P hehe

    ReplyDelete
  8. wa...best nyer dah dapat wit dr nuffnang..;)

    ReplyDelete