image Majlis Mesra Hari Raya 2010 OUM Johor - Mia Liana

Monday, 20 September 2010

# Study Matters

Majlis Mesra Hari Raya 2010 OUM Johor


Sabtu lepas, 18 September 2010, Mia dan keluarga telah hadir ke Majlis Mesra Hari Raya OUM Johor bertempat di perkarangan OUM Johor waktu tengahari. Anjuran Kelab Pelajar OUM Johor. Hanya perlu bayar RM10.00 setiap pelajar pasa semester pertama belajar di OUM Johor. Tidak ramai pelajar senior yang hadir. Kebanyakkannya pelajar-pelajar baru Semester September 2010, yang juga pada hari itu ada seminar dan penerangan dari pihak OUM Johor.

Walaupun hadir lambat, kami tak kisah duduk kat belakang. Bagi ruang kat pelajar-pelajar baru. Makanannya sedap-sedap belaka dan kami menikmatinya dengan gembira. Puas makan dan kekenyangan tengahari tu. Sofea pula lincah betul.. ke sana sini... Alhamdulillah. Sofea dapat duit raya lagi... suka betul dia...


Hujan lebat ketika majlis hendak bersurai. Kami pulang dalam pukul 2.30 petang, dan terus jalan-jalan beraya ke rumah kawan Suami Mia. Letih juga hari tu. Raya sakanlah katakan.

p/s: majlis ini berjalan dengan lancar, tahniah kepada AJK Kelab Pelajar OUM Johor (nama baru bagi Persatuan Pelajar OUM Johor)

8 comments:

  1. hai .. jemput datang kt blog sy ..
    feel free be my followers
    i'll folow u back .. :)

    ReplyDelete
  2. Seronok jumpa kawan lama yer. beramah mesra di hariraya.

    Suami isteri dah sedondon merah. Mana baju kurung merah sofea....

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua... memang serba merah...

    baju raya sofea beli je... x matching ngan kami, warna hijau dan kuning coklat.

    ReplyDelete
  4. wah2!merahnye sis n hubby..tapi nape sofea lain kak?

    ReplyDelete
  5. comelnya sofea. siap buat mulut lagi tu. yeye

    ReplyDelete