image Sesi Pendaftaran Semester September 2010 - Mia Liana

Monday, 6 September 2010

# Study Matters

Sesi Pendaftaran Semester September 2010


Pagi-pagi lagi Mia dah siapkan barang-barang Sofea. Yang penting kalau datang lambat takut ramai orang, dah lebih lama kena tunggu. Hari Sabtu 4 September 2010, tentu ada yang masih kerja pagi tu. Doa sangat tak ramai orang. Dalam pukul 8.30pagi, gerak kuar ke OUM JB.

Alhamdulillah, sampai-sampai je tak ramai sangat orang. Lega rasanya. Beraturlah Mia macam biasa sambil memerhatikan gelagat Sofea bermain dengan ayahnya. Suka betul Sofea, ke sana ke sini. Mentang-mentang baru saja pandai jalan.

Urusan pendaftaran dan pengambilan modul tidak memakan masa yang lama. Dalam lebih kurang 35 minit selesai dah semuanya. Sempat juga berbual-bual dengan En Abdul Rahim, Pengarah OUM JB. Minta Mia masukkan takwim/aktiviti pelajar semester ni dalam blog Mia. Mia setuju, tapi buat masa ini belum sempat lagi.

Jom tengok gambar-gambar kami sekeluarga semasa di OUM JB. Ceria, je kan?


p/s: masa ni Mia tak pakai lipstick... bibir tengah pecah-pecah...

9 comments:

  1. hehehe natural beauty is the best hehehe :P
    comey lahh si kecil 2 hehe :)

    ReplyDelete
  2. smbung blaja ke kak?
    bgus2..

    slamat hr ry:)

    ReplyDelete
  3. wah...sume ikut ye sis..rindunye nk stdy lagi..=)

    ReplyDelete
  4. almy : terima kasih

    fatin : terima kasih juga.muka takde make-up, kulit tengah kering, bibir pecah...

    lionteen : haah,hujung minggu je kelas.dah tahun ke3. selamat hari raya juga

    malangkaya : terima kasih

    gnesop : sofia ikut sekali.takde sapa nak jaga dia. mak mertua keja ari sabtu.

    tiefazatie : semua ikut skali termasuk ayah sofea...

    ayin weeweet : terima kasih bagi support kat akak

    ReplyDelete