image Jom Shopping Kerepek... - Mia Liana

Tuesday, 7 September 2010

# Family Matters

Jom Shopping Kerepek...


Kebetulan selepas selesai urusan pendaftaran pengajian untuk Semester September 2010, Mak Mertua pun telefon Mia. Ajak pergi beli kerepek kat Parit Raja lepas dia balik kerja, dalam waktu tengahari. Adik ipar kerja satu hari itu, jadi takde siapa nak temankan Mak Mertua. Suami Mia pun setuju boleh lah bawa Sofea jalan-jalan, jumpa orang (favourite Sofea) dan singgah rumah keluarga Mia kat Taman Universiti dekat dengan UTHM.

Hari Raya takkan sah kalau takde kerepek, betul tak? Kami berkenan sangat beli kerepek kat Kilang Midshah & Aishah kat Parit Raja.  Masuk dari Jalan Parit Botak. Murah dan banyak. Ramai yang datang beli sampai kerepek ubi habis. Patutnya pergi awal tapi masa ni je yang free. Beli jelah apa-apa yang patut.


Sebelum balik Johor Bahru, singgah berehat kat rumah keluarga Mia. Suka betul atok dan neneknya, cucu kesayangan datang walaupun sekejap. Keluarga Mia berniaga kuih dan makanan kat bazar ramadhan, jadi agak sibuk memasak di dapur. Tak dapat berbuka bersama keluarga Mia, terpaksa balik sebab adik Mak Mertua dari Kota Tinggi nak datang. Bungkus sedikit kuih yang mak buat dan mee hoon goreng yang bapak Mia masak. Memang sedap dan berselera untuk buka. Nanti Hari Raya Kedua baru balik lagi.

p/s: sedap rasa kerepeknya... tak kisah walaupun beli jauh-jauh...

16 comments:

  1. Ahaha!!! My favourite kerepek store! Mesti x lupa singgah setiap kali balik kampung.

    Kilang nih sebelah je kampung saya hehe! Patut lah tengok gambar yang Mia letak nih familiar gila hehe!

    ReplyDelete
  2. wah sedp2
    kak mia Fatin nak asam jeruk 2 hehe
    terliur tgk weeeee
    heee...sonok sofea dok lam troli 2 hehehe

    ReplyDelete
  3. Kerepek,Inilah yang paling cepat habis berbanding dengan kueh biskut. cepat muak. Best juga layan kerepek ni sambil tengok program raya kat TV. tak sedar2 habis sepiring..hhehe

    Selamat hariraya Aidilfitri buat Mia sekeluarga. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  4. tahun ni rumah kitorang pun terbanyak kerepek..sebab ritu borong sampai lupa diri...tapi..kitorang dah makan 3 bungkus..haha..

    ReplyDelete
  5. kerepek adalah antara kuih raya yg paling lambat muak bila memakannya :)

    ************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Berhati-hati di jalanraya

    ReplyDelete
  6. wah!ifa suka kerepek gak!jeles2..hihi..slmt hari raya kak mia..maaf zahir batin..ifa nak blik kg esok nie..

    ReplyDelete
  7. gerammnya tengok baby ni,,cm nk cubit2 je pp tomey dya...

    ReplyDelete
  8. salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

    Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya semua...
    kerepek makanan wajib yang perlu ada bila tiba hari raya....

    Terima kasih di atas komen yang telah diberikan...

    ReplyDelete