image Sofea Check-up Kat Hospital Kulai.. - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 21 October 2010

# Family Matters

Sofea Check-up Kat Hospital Kulai..

Semalam, 20 Oktober 2010, lepas balik kerja, macam biasa Mia ambil Sofea kat rumah Mak Semah dulu sebelum pulang. Sempat juga berborak dengan dia. Mak Semah beritahu anak orang depan masuk hospital, anaknya demam panas, cucu orang sebelah plak dah 2 kali check darah sebab demam tak baik-baik.

Punya lah risau dengan Sofea walaupun mild fever. Rasa macam nak check juga untuk kepastian memandangkan badan Sofea ada bintik-bintik merah. Balik je terus Mia beritahu suami dan kami pun pergi ke Hospital Kulai lepas isyak. Sampai-sampai je, punya lah ramai orang kat bahagian kecemasan. Mula-mula check kesihatan Sofea dan lepas tu, nurse ambil darahnya. Kami tidak dibenarkan berada di sisi Sofea, jadi terpaksa lah tunggu kat luar. Risau sangat sebab tak pernah biarkan Sofea dengan orang yang tak dikenali. Lama juga tunggu, lepas tuh nurse bawa Sofea keluar. Kesian juga tengok dia. Nasib baik tak meradang. Elok je mood dia.

Tunggu keputusan darah amat lama, betul-betul menguji tahap kesabaran. Akhirnya pada 11.30malam, Sofea dipanggil masuk semula, doktor nak check dan alhamdulillah Sofea cuma demam biasa. Keputusan darah normal. Lega betul. Dalam pukul 11.40malam kami pun pulang.

Gambar-gambar ni Mia snap masa hantar Sofea pagi tadi sebelum nak pergi kursus kat M Suite Hotel. Sofea sedang tidur dalam car seat.





p/s: ketika entri ini dibuat, Sofea dah sembuh sepenuhnya...

10 comments:

  1. thanks mia for dropping by to my blog...i pollow u toooo...

    ReplyDelete
  2. thanks for dropping by..klau ade chatbox lg best!

    ReplyDelete
  3. Sgt chumel Sofea..Alhmdulilah dia dah mkin sihat, xle mummy dia risau..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah.sihat dh adek sofea ye sis

    ReplyDelete
  5. wah cian nya kat sofea...tapi apa2 pun.alhamdullilah..dia sihat ja kan :D

    ReplyDelete
  6. la kesiannya sofea. semoga cepat sihat ye

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dia dah sembuh..
    nama saya pun Sofiya.. =)

    ReplyDelete
  8. comelnya sofea. alhamdulillah sofea dh mkin smbuh :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas komen semua yang prihatin terhadap kesihatan Sofea. macam ni lah kehidupan seorang ibu dalam membesarkan anak....

    ReplyDelete