image Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian - Mia Liana

Tuesday, 26 October 2010

# Work Matters

Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian


Minggu lepas, hari Khamis dan Jumaat iaitu 21 dan 22 Oktober 2010, Mia telah menghadiri Kursus Pengenalan Undang-Undang Dan Standard Berkaitan Pertanian di M Suite Hotel, Johor Bahru. Kursus ini diadakan anjuran bersama Unit Latihan dengan Bahagian Kawalselia dan Inspektorat.

Walaupun kursus ini agak memboringkan bagi orang IT macam Mia, tapi banyak pengetahuan yang boleh didapati melalui pendedahan tentang akta dan undang-undang. Nasib baik penceramah pandai mengambil hati peserta-peserta dan sentiasa buat soalan cepu emas. Banyak juga terminologi yang kami belajar.

Ada latihan berkumpulan pada hari kedua dan kumpulan Mia mendapat markah paling sedikit. Kumpulan  Mia memang tak tahu sangat tentang undang-undang. Mia nak ucapkan terima kasih pada ahli-ahli kumpulan Mia yang telah sama-sama berusaha menjawab soalan walaupun tak tahu. Mereka ialah Marianna, Zainora dan  Ruhaida.





Secara kesimpulannya, kursus ini amat bagus bagi pegawai kakitangan kerajaan terutama yang berkaitan dengan akta alam sekitar, racun makhluk perosak dan makanan. Ini je yang Mia dapat ingat... tapi best lah, selesa dan makanannya sedap-sedap belaka.

p/s : 2 gambar adalah daripada koleksi Ma'som. Terima kasih...

9 comments:

  1. wahh rajin nya kak mia post pasai khusus2 kak mia :)

    xpa... dpt mrkh pling rndh pun xpa..tp dpt bljr jgk kan pasai undg2 hehe
    ftin bljq undg2 ni pun pening pala abis kak mia.bnyk sgt section ngan case hhehe

    ReplyDelete
  2. wah...best pe dpt ilmu baru kan2...hihi..undang2 mmg byk kan sis..ifa pun pandai bab undang2 it je la..haha

    ReplyDelete
  3. perkara berkaitan dgn undang2 ni mmg memeningkan kr bukan bidang kita tapi... penting tuuuu

    ReplyDelete
  4. bagus juga ikut kursus kan,sekali sekala merasa belajar semula dan lari daripada suasana kerja.yg penting semua ditaja :)

    ReplyDelete
  5. @fatin hanani, ooo fatin belajar undang2 ye... susah betul tu..akak memang tak reti

    @tiefazatie,ooo ifa student IT ye... same with me..

    @fuziani, memang undang-undang penting bagi kita, kalau xde boleh kucar-kacir negara kita.

    @mommyshane, memang bagus kalau pergi kursus, tinggalkan semua kerja, new environment, new relaxatation and enjoy walaupun undang-undang ni susah... tapi free makan :)

    @kucing utara, uihhh pertanian mesti lah ada undang-undang, kalau tak, makanan yang kita makan rendah kualiti, ada bendasing terlarang ke.. dan macam-macam..

    ReplyDelete
  6. salam..
    Bagus tu..utk mendalami ilmu dan menambah pengetahuan cuma kdg2 kalau perkara yg kita kurang minat tumpuan tu kurang sikit rasanya.

    ReplyDelete
  7. Selalu saja menguap kalu saya sedang berkursus..

    tapi kalu time makan segar pula..hehe!

    ReplyDelete
  8. @ozzy, nak buat camne kena juga hadir kursus walaupun xminat.. memang kurang tumpuan... heheh

    @relevan, memang pun..paling best time makan. masa blajar asyik tgk jam je, bila nak abis...

    ReplyDelete