image Sofea Demam... Makan Ubat Terus Muntah... - Mia Liana

Monday, 18 October 2010

# Family Matters

Sofea Demam... Makan Ubat Terus Muntah...

Semalam, sepanjang hari Mia kat OUM Johor menghadiri kelas. Sofea dihantar ke rumah Mak Semah, pengasuh Sofea. Balik lepas ambil Sofea, Mia singgah rumah Mak Mertua kejap, dia bungkuskan Mee Bandung, jadi untuk makan malam Mia tak perlu masak kat rumah. 




Sofea pula sekarang ni susah sangat nak tidur, suka tidur lewat malam. Malam tadi dekat 1.30 pagi barulah dia tidur. Tiba-tiba dalam pukul 3.00 pagi, dia nangis merengek, demam panas pula. Apalagi suami Mia buatkan air asam jawa. Mia jelum satu badan Sofea dengan air asam jawa. Kejap sejuk, kejap panas.

Masalah Sofea ni pula, kalau makan ubat demam dari doktor terus muntah. Takkan nak letak ubat cucuk pulak. Tak elok kata orang. Pening betul kami berdua. Dah muntah 2 kali setakat ni. Agaknya salah urat kot... Mia terus telefon Kak Zah, tukang urut yang kat Larkin tu booking tengahari untuk urut Sofea.

Ni sekarang tengah tunggu klinik homeopati di Pekan Francais Pulai, buka pukul 9.00 pagi, cuba ubat yang kat situ pula. Sementara tu, jelum badan Sofea, biar jangan panas. Mia pula terpaksa ambil cuti arini, nak jaga Sofea.



p/s: macam ni lah adat orang yang ada anak kecik...

12 comments:

  1. kesiannya dia demam...moga cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  2. Semoga Sofea cepat sembuh yer.. Amin !

    ReplyDelete
  3. salam Mia....NICE TO MEET U...
    herm kita seupa laah Mia....nama anak pn dh sama....SOFea...
    herm...sofia saya pn demam jugak...tiba malam jaa MESTI DEMAM PANAS...garing badan dia....bg makan ubat ilanglaah kejap....at last g mintak air tawar....alHamduLillah, tgk arni mcm dh beransur ok.....ermmm btol laa adat ada anak kecik..lena malam pn dh mcm tido-tido ayam...hihih...

    ReplyDelete
  4. Cian Sofia, moga cepat sembuh. Anak demam.. (antara yg) perlu perhatian penuh ibubapanya.

    ReplyDelete
  5. biasa la kan kak mia...dak2 kecik ni kan mudah sakit :)
    tp x pa la..ada mak ngan ayah sofea. :) x la dia skt swg2 :D

    ReplyDelete
  6. ciannye..cepat sembuh ye dik!cumil je ngn bantal peluk sofea nie

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua...

    @nid.. oh yeke? mia pun ada minta air penawar juga...

    ubat tradisional dan moden guna biar cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. kalau anak aku demam..
    bisanya aku pun jadi demam juga dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. @mus, memang cam gitu kalau anak demam nanti mak ayahnya pun rasa macam nak demam juga... badan sakit2, tak cukup tidur, dokong anak sepanjang malam...

    ReplyDelete