Alhamdulillah, Contest Pengkomen Terbanyak telah pun ditutup dengan rasminya. Mungkin kebanyakan pengunjung tidak berapa perasan sebab contest ni Mia buat senyap-senyap. Yang perasan mesej di Mia's Shouting sahaja yang akan tahu. Contest ini telah  pun berlangsung dari bulan Jun sehinggalah September 2010. Pemenang yang dipilih adalah pengkomen terbanyak dan bertuah untuk setiap bulan-bulan tersebut. Boleh jadi orang yang sama dan boleh jadi orang yang berlainan.

Apa-apa pun Mia nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang betul-betul komited menyertai contest ini. Hadiah-hadiahnya adalah sumbangan daripada mycni2.blogspot.com. Diharap hadiah yang tak seberapa ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kita semua. Keputusannya akan diumumkan pada 10.10.10. Comel kan tarikhnya. Macam tarikh keramat pula. Jangan salah faham ya.

Akhir sekali keputusan para pengadil adalah muktamad   dan pemenang secara tidak langsung bersetuju untuk menghantar gambar bersama hadiah yang bakal diterima nanti kepada Mia.

p/s: masih rahsia lagi... tunggu ya....