image Tips Mudah Kurangkan Tekanan Kerja - Mia Liana

Monday, 4 October 2010

# Tips

Tips Mudah Kurangkan Tekanan Kerja

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.


Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.

1. Cuci muka

Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.

2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.

3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.

5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

16 comments:

  1. Ahaa. .sudah terjah cini. .kite strees kat rumah je awk. .

    ReplyDelete
  2. Keje ok je.. yg gi jln2 tu yg cari psl.. ngumpat le akhirnya, x leh lama2..

    ReplyDelete
  3. nice tips..

    jika kerja buat ikut perancangan dan sistematik..sukar dpt stress..

    ReplyDelete
  4. hihi..kalu ifa suke nyanyi2 nie sis..hihi

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua kerana berkongsi pengalaman masing-masing... mungkin ada tips lain yang boleh ditambah...

    anyway, thanks a lot for the comments.

    ReplyDelete
  6. bg TK, tidur adalah cr pling senang utk ilangkn stress..
    tp bgmana nk tidur klau dh stress ye..

    ReplyDelete
  7. biasanya saya gunakan yang no 2 dan 3!! tapi seringkali lupa kalau pekerjaan masih menumpuk! :))

    ReplyDelete
  8. terima kasih semua... kadangkala kita tak boleh terlalu leka dengan kerja. Perlu rehat dan tenangkan diri. Boleh stress dan letih.

    Terpulang pada masing-masing nak buat apa...

    Ada banyak cara lain yang boleh kita buat.. tapi rasanya yang ini sahaja yang paling mudah dan senang nak dipraktikkan...

    ReplyDelete
  9. kak mia...btoi2..
    klu nak bg ilg lth or stress kitaa blh wat bnda yang enjoy.

    klu bolh tengok movie sat pun ok :)) hehehe

    ReplyDelete
  10. kak mia...btoi2..
    klu nak bg ilg lth or stress kitaa blh wat bnda yang enjoy.

    klu bolh tengok movie sat pun ok :)) hehehe

    ReplyDelete
  11. @fatin hanani, tapi kalau tengah kerja.. xleh tgk movie... bahaya... :)

    ReplyDelete
  12. hehe..benti keje terus boleh hilang tak stress?

    ReplyDelete
  13. memang lah... berhenti kerja terus hilang stress...
    tapi lagi stress kalau tidak bekerja.. takde duit masuk... huhu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Artikel yang menarik saudar/i :

    Tekanan di tempat kerja boleh menjadikan kita produktif atau sebaliknya.Maka kita perlulah bijak melatih diri agar tidak terpengaruh dengan pesekitaran tempat kerja yang menekan.Oleh itu di blog http://www.mohdfadhil.com anda dapat membaca kisah yang boleh dijadikan contoh dalam menghadapi situasi tekanan di tempat kerja.

    -Terima Kasih-

    ReplyDelete