Pagi tadi Mia ada final exam untuk subjek IS Audit, Security & Control. Dah berusaha jawab sedaya yang mungkin. Berdoa sangat agar dapat keputusan yang baik. Malam tadi agak lewat baru study. Sofea tidur dalam pukul 2.30 pagi. Sebelum tu, nak tahu tak apa yang Sofea buat? 

Hmm... macamana maknya nak study kalau dah anaknya pun nak study juga. Mia tunjukkan buku lain, Sofea tak nak. Nak yang Mia pegang juga. Nak tak nak, terpaksalah Mia akur. Apalagi seronoknya Sofea belajar. Tekun betul. Pelbagai aksi dan gaya. Conteng sana.. conteng sini... 

Jom kita tengok... zasss...










Akhir sekali memang mata pun dah mengantuk, setelah puas menconteng dan menyelak helaian buku, Sofea pun baring lalu tidur. Mia betulkan kedudukan Sofea tidur dulu baru lah Mia mula study sehingga pagi...

p/s: masa mengandungkan Sofea dulu, waktu-waktu pagi macam ni lah Mia study...