Memandangkan hari ini Jumaat, rehat waktu tengahari agak lama bagi kakitangan kerajaan iaitu dari jam 12.15 tengahari hinggalah 2.45 petang. Di kala ni, ramai juga yang rajin pergi ke Kompleks Beli Belah. Kalau kat ofis Mia ni, lokasi favourite ialah Mydin dan Plaza Angsana.

Final exam dah dekat, Mia tak keluar ke mana-mana pun. Jadi Mia ambil masa tengahari ni untuk study sambil buat short notes. Memang kena praktik dengan menulis supaya mudah nak ingat. Kalau baca je.. agak susah nak ingat. Dapatlah cover beberapa topik dalam subjek Human Computer Interaction. 

Di samping itu, Mia ada juga buka myVLE system untuk student OUM. Jenguk-jenguk kat online forum untuk subjek ni. Tengok perbincangan student lain dengan e-tutor. Kalau setakat baca buku je, confirm memang boring dan mengantuk. Jadi bila tengok-tengok kat komputer ni, tidaklah memboringkan. Tengok interactive module dan buat sedikit latihan kat dalam myVLE system.





Sebenarnya, Mia belajar tak banyak topik dalam satu masa. 2 atau 3 topik je dalam satu masa. Kalau lebih-lebih nanti, otak akan letih sangat. Kenalah konsisten belajar setiap hari. Malam ni mungkin study subjek lain pula dalam tempoh 1 jam. Memanglah masa tidak mencukupi bagi Mia, tapi macam mana pun kena adakan masa juga untuk study. Cari-cari masa, masa takkan cari kita...

p/s: dah bekerja baru nak study... macam ni lah caranya...