Bila Sofea Di My Honey Kidz Zone


Selepas makan di Marry Brown, kami ke kedai Era Edar Marketing di Bandar Baru Uda untuk membeli Susu Bio Lac untuk Sofea. Bila dah sampai kedai pun tutup. Tetapi katanya kalau kedai tutup, boleh beli susu  di kedai sebelah, My Honey Kidz Zone.

Masuk sahaja ke dalam kedai, Sofea pandai belek sendiri dan pilih barang mainannya. Kami layankan sahaja kehendak Sofea. Sambil-sambil itu, sempat pula Sofea berkawan dengan anak tauke kedai. Entah apa yang diboraknya, sampai semua boleh ketawa dan senang dengan keletah Sofea.

Banyak jugalah barang-barang Sofea yang kami belikan. Lagipun bukannya selalu dapat masa macam ini. Sukanya dia bila apa yang dipilihnya kami belikan. 










Antara mainan yang dipilih oleh Sofea sendiri... (gambar diambil di rumah neneknya di Batu Pahat)




p/s: lepas masukkan entri ini, terus bersiap-siap hendak balik ke kampung di Batu Pahat. Raya Haji di sana...

Post a Comment

11 Comments

  1. salam;
    Maklumlah bebudak kalau kita bawak diorang ke tempat seperti tu,memang dia suka abis siap jelajah sana sini.

    ReplyDelete
  2. ishhh kalau erynn datang kat kedai cn ni agaknye, habis lah brgn kedai warna pink...erynn obses kaler pink n minni mouse

    ReplyDelete
  3. tempat macam tu, memang hidup lah budak2 nie.. hehe

    ReplyDelete
  4. @yusuflaili tu la.macam dah besar je gayanya. sibuk usik sana usik sini.nak test katanya. yang berkenan di hati baru ditunjukkan pada mia. memang suka betul dapat beli mainan baru.lepas ni, mainan yang lama dah tak nak main lagi.

    ReplyDelete
  5. @Myra uikkk heheheh.. bukan sofea je yang suka pink, maknya pun sama...

    ReplyDelete
  6. @ainasuhana tu la.. kalau bolah nak lama-lama kat kedai, tak nak balik rumah...

    ReplyDelete
  7. @DOMU-KON tu la pasal... rasa macam rindu pulak pada zaman kanak-kanak dulu...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana berbelanja di butik kami, myhoneykidzzone

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana berbelanja di butik kami, myhoneykidzzone

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kerana berbelanja di Myhoneykidzzone. . Kedai kami dibuka setiap hari bermula 10.00pagi hingga 10.00 malam

    ReplyDelete