Makan Malam Dengan Ayam Goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)

Rasanya dah lama tak makan ayam goreng KFC kat rumah ni. Suami Mia yang nak makan ayam KFC ni. Balik kerja tadi Mia singgah di pandu lalu (drive-thru) KFC di depan Jusco Taman Universiti. Bungkus Snack Plate dan 3 ketul Ayam Goreng Original. Cukup untuk kami sekeluarga... 

Mia suka coleslaw dan Suami Mia pula suka kentang putar. Makan macam ni pun dah kenyang. Tak boleh makan banyak ayam goreng KFC dalam satu masa, boleh cepat muak. Jadi, kami tinggalkan sedikit untuk dibuat lauk sahur awal pagi esok.



Boleh dimakan begitu sahaja ataupun cicah dengan sos cili. Betul-betul sedap sehingga menjilat jari.

p/s: mood kenyang....