MAHA International 2012 - Design Buku Program dan Tag Nama Untuk LPNM


Esok, akan bermulanya MAHA International 2012 di MAEPS Serdang. Lama juga dari 23 November sehingga 2 Disember 2012. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) juga tidak terkecuali untuk menyertai event yang paling besar ini. Memang sibuk betul rakan-rakan sepejabat membuat persediaan rapi. Masing-masing ada tugas sendiri.

Seperti biasa, tugas Mia ialah menyiapkan design buku program, design tag nama dan memasukkan maklumat terkini tentang MAHA ke dalam laman web.

Buku Program Pusat Informasi Nanas

Mengandungi aktiviti-aktiviti yang di adakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk pengunjung. Sesiapa yang datang ke MAHA International 2012, jangan lupa singgahlah sini sekejap. Boleh juga menyertai pelbagai pertandingan seperti menggubah buah nanas, mengupas nanas, mencipta resepi masakan nanas, promoter nanas terbaik, Pineapple Explorace, makan nanas paling cepat dan spot kuiz. Untuk kanak-kanak pula ada pertandingan mewarna. Hadiah pun agak lumayan. Lain-lain aktiviti ialah pameran produk, demonstrasi masakan bersama Chef Selebriti dan uji rasa nanas.

Mia design yang simple untuk buku program ini. 4 muka surat berwarna dan 4 lagi muka surat hitam putih. Hantar kedai printing untuk 1000 pcs.

Jom selak buku program ni dengan mouse...


Klik SINI untuk lihat lebih jelas buku program di new tab.

Tag Nama

Memang MAHA International 2012 ada sediakan tag nama namun begitu untuk pejabat punya kena ada juga. Jadi Mia siapkanlah designnya.

Lepas dah siap print colour untuk 30 pcs, gunting dan masukkan ke dalam tag plastik ni. Rupanya ada kesilapan ejaan. Cuba tengok kat atas tu. Malaysia pula patutnya Malaysian. Aduhai... buat 2 kali kerjalah nampaknya. Lepas dah betulkan kemudian ulangi semula proses-proses tadi. Buat sendiri ni, kalau ada budak praktikal kan senang, boleh tolong guntingkan.

Untuk pertandingan Pineapple Explorace pula Mia gunakan design tag yang sama cuma ada ubah sedikit. 5 pcs untuk URUSETIA dan 30 pcs untuk PESERTA.


Sekadar selingan. Jom tengok video sekejap..... yang penting ada nanas dalam ini... 


p/s : Selalunya orang ICT yang macam Mia ni buat kerja di sebalik tabir. Memang orang tidak nampak kita buat apa, yang penting kerja siap...

Post a Comment

36 Comments

  1. Waaa!! Kak, lain kali kte nak tolong la.. sebab kite suka bab bab buat bnda design2 nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh yeke? memang seronok wat design bila ada idea... tapi bila takde idea, termenung ajelah depan pc... huhuhu

      Delete
  2. Jom
    Saya nak invite semua reader untuk menyertai 1st Giveaway Blog Qashmere

    Banyak hadiah-hadiah menarik menanti. Cepat jangan lepaskan peluang.

    Thanks Sis

    ReplyDelete
  3. wau MIA bertugas yer, nnti nk g terjah ni - jumpa di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya delimasari... mia tidak bertugas di sana... huhuh

      Delete
  4. So Mia ada sekali kat MAHA tu ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde... ICT cuma ada 4 orang. 3 kena bertugas di sana. Mia yang sorang takpe la duduk ofis je. huhuhu

      Delete
    2. Kalau ada confirm OKje datang!!!he..

      Delete
    3. wahhh... tu la bilalah nak jumpa ya kita ni... huhuhhu

      Delete
  5. assalamualaikum mia....bestnya dpt tengok video tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... tu video demo untuk maha... ;)

      Delete
  6. Asalamualaikum...sori le pakjoe lambat terjah maklum la tgh final exam kt kolej hahah....nie dh abis dh blh le terjah cm dlu blk hhahahaha

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. actually sebenarnya ni dalam bentuk file pdf kemudian guna http://www.youblisher.com untuk jadi macam buku online.

      Delete
  8. advanced la buku program tu..slalu tgk hardcopy je..ni softcopy...best..best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah tak sama macam dulu... macam2 boleh dipelbagaikan untuk tengok online... ;)

      Delete
  9. kalo pakai adobe flash mst lg canggih kan buku tu kak mia hehee :D bunyi sama dah heheee..nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala simple2 je ni... untuk yang nak tengok online....

      Delete
  10. kita pun ada kat sana gak kakmia.. under International booth.. kat Dewan C.. promote baja Tawan Daeng dari Thailand under P-Paradise Co.Limited

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo... mia tak bertugas di sana lah atie... ;) huhuhu tak dapat nak jumpa.

      Delete
  11. jom ramai2 pergi MAHA ni.. hehe..tolong promote, sbb student UPM..hehe..

    kak mia ada ke nnti?

    ReplyDelete