Esok, akan bermulanya MAHA International 2012 di MAEPS Serdang. Lama juga dari 23 November sehingga 2 Disember 2012. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) juga tidak terkecuali untuk menyertai event yang paling besar ini. Memang sibuk betul rakan-rakan sepejabat membuat persediaan rapi. Masing-masing ada tugas sendiri.

Seperti biasa, tugas Mia ialah menyiapkan design buku program, design tag nama dan memasukkan maklumat terkini tentang MAHA ke dalam laman web.

Buku Program Pusat Informasi Nanas

Mengandungi aktiviti-aktiviti yang di adakan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk pengunjung. Sesiapa yang datang ke MAHA International 2012, jangan lupa singgahlah sini sekejap. Boleh juga menyertai pelbagai pertandingan seperti menggubah buah nanas, mengupas nanas, mencipta resepi masakan nanas, promoter nanas terbaik, Pineapple Explorace, makan nanas paling cepat dan spot kuiz. Untuk kanak-kanak pula ada pertandingan mewarna. Hadiah pun agak lumayan. Lain-lain aktiviti ialah pameran produk, demonstrasi masakan bersama Chef Selebriti dan uji rasa nanas.

Mia design yang simple untuk buku program ini. 4 muka surat berwarna dan 4 lagi muka surat hitam putih. Hantar kedai printing untuk 1000 pcs.

Jom selak buku program ni dengan mouse...


Klik SINI untuk lihat lebih jelas buku program di new tab.

Tag Nama

Memang MAHA International 2012 ada sediakan tag nama namun begitu untuk pejabat punya kena ada juga. Jadi Mia siapkanlah designnya.

Lepas dah siap print colour untuk 30 pcs, gunting dan masukkan ke dalam tag plastik ni. Rupanya ada kesilapan ejaan. Cuba tengok kat atas tu. Malaysia pula patutnya Malaysian. Aduhai... buat 2 kali kerjalah nampaknya. Lepas dah betulkan kemudian ulangi semula proses-proses tadi. Buat sendiri ni, kalau ada budak praktikal kan senang, boleh tolong guntingkan.

Untuk pertandingan Pineapple Explorace pula Mia gunakan design tag yang sama cuma ada ubah sedikit. 5 pcs untuk URUSETIA dan 30 pcs untuk PESERTA.


Sekadar selingan. Jom tengok video sekejap..... yang penting ada nanas dalam ini... 


p/s : Selalunya orang ICT yang macam Mia ni buat kerja di sebalik tabir. Memang orang tidak nampak kita buat apa, yang penting kerja siap...