Hari Sabtu lepas (10 November 2012), kami sekeluarga menghadiri Majlis Graduasi dan Hari Terbuka 2012 Tadika Ilham Sarjana pada jam 2.00 petang di Dewan Kuliah 2, Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat.

Mak Mia dan Adik Bongsu Mia pun hadir sama. Walaupun Sofea adalah pelajar yang paling muda, namun Sofea sekarang sudah pandai sesuaikan diri dengan kawan dan persekitaran. Sofea mula masuk tadika pada 18 September 2012 yang lalu.

Baru sahaja sekejap belajar terus dan dah habis musim persekolahan. Nasib baik masa peperiksaan akhir tadika untuk 3 tahun, Sofea lulus. Minat nak belajar yang terlalu mendalam membuatkan Mia dan Suami Mia, masukkan Sofea ke tadika juga.

Jom tengok gambar-gambar kami....zass...








Persembahan yang menghiburkan... Suka tengok Sofea..




Rezeki Mia... Nombor Mia naik masa cabutan bertuah. Dapat pendrive 8GB....


p/s: tahun depan Sofea kena belajar bersungguh-sungguh ya... love you so much!