Hari ini selepas tengahari sahaja, Mia dah mula rasa macam kurang sihat. Kepala macam pusing. Bila bernafas rasa macam tidak selesa. Buat kerja di pejabat siang tadi pun ala-ala santai dan lebih banyak berehat. Memang tidak mengadap komputer sangat. Mata terasa pedih sedikit dan letih. Mia buat kerja lain yang tidak melibatkan komputer.

Susah juga bila udara sudah tercemar, macam penyakit boleh timbul. Jerebu ini sungguh membahayakan. Elakkan pembakaran terbuka di tempat anda. Jangan cemarkan lagi udara yang sudah tercemar ini.




Sekarang ini dah di rumah, memang tutup pintu dan tingkap rapat-rapat sambil buka aircond. Dapatlah bernafas dengan selesa walaupun pening kepala masih belum hilang.

taip kat handphone pelan-pelan... masih mabuk jerebu lagi ni...

posted from Bloggeroid