Tahniah diucapkan kepada Ainim kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #4. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Ainim...

Pengalaman Puasa Kali Pertama

"Nak tanya ni, korang pertama kali puasa masa umur berapa tahun? 4 tahun? 5 tahun atau 6 tahun? Atau mungkin 7 tahun? Aku mula belajar puasa masa usia 6 tahun kalau tak silap aku. Masa tu aku tak faham bahasa pun pasal apa benda puasa ni. Masa mak explain kat aku pun bukannya aku faham sangat pun. Angguk je kepala tapi dalam kepala blur kot. 

Masa first day puasa, aku ni kira jiwa kental la juga. Pagi bangun sahur ok dah. Biasalah budak-budakkan, mana tau penat walaupun seharian tak makan. Itu aku la. Budak lain aku tak tau la ya. Nak jadi cerita, petang dalam pukul 4pm tak silap, aku pergi rumah jiran sebab nak main ngan kawan. Mak kawan aku tu tengah masak juadah buka puasa. Haa..disinilah jadinya cerita puasa yang hampir terbatal..."

Nak tahu selanjutnya, sila klik SINI.

Setiap orang ada pengalaman tersendiri. Pengalaman puasa kali pertama masa kecil dahulu, mungkin ada yang masih ingat lagi. Kadang-kadang terasa lucu juga. Kali pertama Mia berpuasa pada masa umur 6 tahun. Tidak makan dan minum pada waktu siang. Kadang-kadang terbabas juga dan puasa separuh hari sebab tak larat sangat. Mula-mula nak puasa memang payah betul. Bila dah boleh puasa, terus puasa penuh. Alhamdulillah... Bukan senang nak didik anak berpuasa...

jemput berkenalan dengan Ainim..