Pagi-pagi dalam pukul 5.00 pagi, Mia dah mula buat sound editing untuk video montaj Sistem Maklumat Industri Nanas (SMIN). Semalam dah siap buat video montaj, ada beberapa pindaan yang harus dibuat. Apabila dah tiada pindaan lagi, maka seterusnya ialah sesi memasukkan bunyi background. Hari ini mesti kena siap juga. Lewat petang atau malam nanti barulah ke booth International Digital Expo di KLCC.

Telinga memainkan peranan penting kali ini. Dengar dan dengar dengan teliti. Mia menggunakan aplikasi Sony Sound Forge Audio Studio 10.0 untuk membuat sound editing. Ada dua lagu background yang di download oleh Hafizs dan Mia edit atau sunting bahagian-bahagian dalam lagu yang yang dirasakan sesuai untuk di masukkan ke dalam projek video montaj yang menggunakan aplikasi Sony Vegas Movie Studio HD Platinum 11.0



Bila dah siap, Mia akan render sekali lagi ke format wmv. Mia buat yang termampu sahaja. Kalau nak yang best, kenalah bagi masa yang lama sedikit. Kalau ad-hoc macam ini, apa yang ada sahajalah ya...

mood mendengar dengan lebih teliti...