Ubat Jerawat Rosa T Acne Gel Garden Of Eden


Kulit Mia jenis sensitif dan tak boleh pakai produk sembarangan. Lebih-lebih lagi apabila ada keluar jerawat. Normal bagi seorang wanita.. pasti akan keluar jerawat apabila tiba masa menstruasi, stres dan di kala tidak cukup tidur. Ada juga keluar jerawat bila Mia terlebih makan kacang. Kadang tak perasan kalau makan lontong dengan sambal kacang ke... nasi lemak dengan kacang tanah goreng. Rasa sedap.. makan saja kan. Tu lah kadang lupa daratan sekejap yang diri ini sebenarnya tak boleh makan kacang sebab pasti akan muncul satu atau dua ketul jerawat yang besar.

Dalam banyak-banyak ubat jerawat yang ada di farmasi.. ubat jerawat yang sesuai sangat dengan kulit muka Mia ni ialah Rosa T Acne Gel Garden Of Eden. Dah lama Mia guna ubat jerawat ni sama-sama dengan Rosa T Mild Cleanser Eden Of Garden awal tahun 2016 untuk penjagaan kulit muka Mia.


Rosa T Acne Gel
Garden Of Eden

Reduces Oily Skin & Acne
With Pure Australian Tea Tree Oil


Daily Acne Control :
- Anti-bacterial
- Anti-blemish
- Oil Control

Directions for use :
  1. For best results, cleanse face with Rosa T Mild Cleanser
  2. Apply small amount of acne gel onto acne spots or affected areas for daytime acne day
  3. Complete acne care with 2-3 drops of Rosa T Triple Action Serum at night

Kesan penggunaan ubat jerawat ni tidaklah begitu cepat dan ianya selamat. Agak makan masa nak sembuhkan jerawat. Bila dah sembuh, elok terus. Tinggal parutnya saja. Mia rawat parut jerawat dengan gel aloe vera. Lama-lama akan pudar.

Bagi Mia... jerawat tidak boleh dibiarkan tetapi perlu cepat dirawat supaya tidak melarat. Kena disiplinkan diri untuk tidak picit jerawat. Guna ubat jerawat dengan betul. Jangan tamak nak cepat sembuh tapi sebenarnya boleh rosakkan kulit muka.

Setakat hari ini... Mia puas hati guna ubat jerawat Rosa T Acne Gel Garden Of Eden. Suka sangat... Senang nak belinya. Boleh didapati di Watson, Guardians atau farmasi lain.

** hari-hari guna sampai jerawat sembuh... 


Entri berkaitan :


Post a Comment

6 Comments

  1. Saya pun ada masalah jerawat. setiap kali travel/outstation mesti naik macam cendawan lepas hujan punya. hihi.. Belum pernah cuba ubat ni. So far kulit saya serasi dengan dalacin T dan cetaphil. Alhamdulillah. boleh control lagi.

    ReplyDelete
  2. Bab disiplinkan diri untuk tidak picit jerawat lah yang payah. Tangan siqah gatal je nak usik. Huhu. Sekarang haa jenuhlah nak hilangkan kesan jerawat T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... part yang paling susah nak bendung... tq siqah...

      Delete
  3. assalamualaikum mia...wah !! mcm baik jer ubat jerawat ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... haah mama... sesuai dengan mia...

      Delete