Pantai Desaru

Bulan Julai yang lepas, Mia dengan Adik Mia dan Sofea pergi outing ke Pantai Desaru, Kota Tinggi, Johor. Kata orang jalan-jalan makan angin, kita bersantai di tepi pantai. Seawal 9.00 pagi telah pun sampai ke Pantai Desaru dengan membawa bekal mee hoon goreng. Nak picnic dan mandi air laut. Cuaca elok sangat pada hari itu. Ramai juga yang datang ke sini.
 
Dapat menikmati deruan angin pantai di sini. Sungguh tenang dan segar. Jom tengok gambar...

Bila matahari dah semakin meninggi. Kami naik dari mandi tepi pantai dan bersihkan diri di tempat mandian dan tandas awam yang disediakan. Sebelum pulang, jom nikmati pemandangan sekitar pantai Desaru ini ketika sedang terik matahari.

Bayaran kupon letak kereta di tempat letak kereta awam pantai desaru ialah RM6.00. Suka Sofea dapat pergi sini. Maklumlah dah lama tak pergi tepi pantai. Cantik sungguh pantai desaru ini. Ada masa boleh datang lagi selepas ini.


** family outing...


Post a Comment

6 Comments

  1. memang kena pegi awal pagi atau petang2 sikit ni..
    nampak terik benar kalo tngh hari tu.. tapi yela kan pantai hehe mmg terik..

    ReplyDelete
  2. wah tak sangka Desaru makin cantik.. hehehehe.. awat parking makin mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu raz... tapi serius memang cantik kat sini...

      Delete