Mia masih lagi maintain dengan hobi bela ikan laga. Mia memang jaga dengan baik ikan-ikan laga yang Mia pelihara. Jaga makan dan tukar airnya mengikut waktu. Namun, ada juga yang mati disebabkan tua atau sakit. 

Minggu lepas Mia pergi restock 3 ekor ikan laga jantan di Taman Ungku Tun Aminah Johor Bahru. Pilih yang besar sedikit, garang dan aktif. Memandangkan dah selalu sangat beli kat kedai Asia Fish Farm ini, dapatlah ikan laga yang cantik 3 ekor dengan harga RM20. Kalau yang saiz kecil 3 ekor dapat RM10. 
Beli dan ikat dalam plastik saja. Senang.
Koleksi Mia. Dah bertambah menjadi 5 ekor ikan laga setakat ini. Seekor daripadanya, ikan laga betina. Sweet je tengok karenah ikan-ikan ini apabila pulang dari kerja. Menghiburkan hati. Hilang rasa penat kerja.


** sayang sangat...