image Entri Khas DiGi WWWOW Awards 2012 Daripada Peserta Kempen Mr Cool dan Razif - Mia Liana

Saturday, 19 May 2012

# DiGi WWWOW Awards

Entri Khas DiGi WWWOW Awards 2012 Daripada Peserta Kempen Mr Cool dan Razif


Terima kasih tidak terhingga kepada Mr Cool dan Razif yang membuat entri khas sejurus selepas tamat masa pengundian untuk DiGi WWWOW Awards yang lepas. Terharu betul bila Mia baca entri-entri itu. Mia tahu ramai yang agak kecewa bila kedudukan terakhir Mia di ranking 2. Tapi sekurang-kurangnya kita dah berusaha bersungguh-sungguh dan sedaya upaya yang mungkin. Terima kasih sudi sokong Mia. Nilai persahabatan yang dibina akan kekal sehingga bila-bila selepas ini.

Entri daripada Mr Cool... 

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Entry ni aku buatkan khas untuk kak Mia kerana membimbing aku selama kempen ini berjalan. Bagi aku Kak mia menunjukkan satu sikap yang kita semua  boleh contohi iaitu tidak mudah berputus asa. Aku tak pernah jumpa lagi dengan seseorang yang gigih seperti Kak Mia. Sepanjang Kempen DiGi WWWOW AWARDS Kak  Mia tanpa berputus asa telah menjalankan kempen tanpa mengira penat lelah. 


Siapa sangka, Kak Mia yang masih penat dengan Tesisnya serta kursus ditambah pula dengan demam sanggup datang kerumah peserta kempen. Ditemani oleh suami tersayang serta anak tercinta, Kak Mia sampai keteratak buruk Mr Cool & Mrs Kepoh.Maafla sekiranya ada kekurangan dari kami berdua semasa kedatangan Kak Mia Sekeluarga.

Walaupun semasa undi ditutup kedudukan Kak Mialiana masih di kedudukan kedua tapi bagi aku, untuk Kak Mia sokongan kami bukan semasa kempen ini berjalan sahaja. Sokongan kami sampai bila-bila untuk Mialiana.com. Ini bukan entry mengampu tapi inilah hakikatnya. Walaupun aku dah lama berblogging sampaikan blog ni dah nak berkubur dah tapi kerana Mialiana.com lah telah menaikkan kembali semangat aku untuk terus berblogging...

Walau apapun keputusan nanti, menang ke?,, Kalah Ke?,, Seri ke?,,(ada ke seri??) hehe lovingyoumydear.blogspot tetap sokong Mialiana.com sampai bila-bila.. Thanks Kak Mia.."


Entri daripada Razif..  

Antara petikan daripada entri beliau.. (panjang betul, kalau nak lebih jelas, sila klik SINI)

"Assalamualaikum & salam sejahtera .... Semalam 13 May 2012 tamat sudah masa pengundian untuk menentukan blog manakah yang bakal di mahkotakan sebagai Nuffnang Blogger of The Year yang dianjurkan oleh DIGI. DIGI WWWOW Internet For All Awards telah menyaksikan penyertaan yang agak besar daripada blogger seluruh malaysia. Memang ramai blogger yang mencuba nasib kali ini, tapi aku belum lagi bersedia untuk mencalonkan blog aku untuk Award yang besar macam ni. Syabas kepada DIGI kerana mengadakan award khas untuk blogger-bloger di Malaysia ni. Bukan hanya untuk Blogger of the Year sahaja, malahan ada lagi beberapa Award lain yang dipertandingkan.

Walaupun aku tak mencalonkan blog aku sendiri dalam Award ini, aku berbesar hati untuk menyokong penuh rakan blogger Mialiana.com untuk mempromosi dan mengundi beliau dalam  Nuffnang Blogger of The Year  DIGI WWWOW Internet For All Awards pada kali ini.

Secara keseluruhannya aku kagum dengan usaha gigih Mialiana.com untuk Award terbaik ini. Sebenarnya ramai blogger yang bersungguh-sungguh mempromosikan blog masing-masing bagi meraih undi untuk memenangi Award ini. Bagi aku ini satu persaingan yang sihat antara blogger-blogger bertanding. Pada masa yang sama dapat mengeratkan lagi persahabatan antara rakan blogger yang turut mengundi blog kegemaran mereka termasuklah aku.

Berbalik kepada Mialiana.com, aku mula kenal blogger Mia ni tahun lepas. Aku kenal blogger Mia bukan kerana aku tersesat kat blog dia atau diperkenalkan oleh rakan blogger lain ataupun blogwalking, aku kenal dia dari Laman Sosial Dr. Rozmey iaitu dRBuku. Dari situ aku mula menjadi rakan blogger Mia sehingga kini. Mia ni sebenarnya salah satu mentor aku dalam dunia blog ni, banyak aku belajar dari Mia.

Untuk kali ini Mialiana.com membuat promosi dengan hebat sekali. Kali ni Mialiana.com mencari rakan promosi daripada kalangan rakan blogger lain termasuklah aku dan ramai lagi blogger lain. Yang bestnya siap cari sponser untuk memberikan sedikit cenderamata kepada rakan blogger yang turut sama dalam mempromosikan Mialiana.com untuk Award Nuffnang Blogger of The Year ini. Aku tabik kat Mia ni.

Secara ikhlasnya aku berharap Mialiana.com akan menang Award Nuffnang Blogger of The Year pada kali ini. Namun segalanya terletak ditangan pengundi-pengundi. Aku memang undi hari-hari punya, sebab nak tengok Mialiana.com menang. Apapun aku agak sedih sebab bila aku buka top 50 hari ni Mialiana.com kat tempat ke-2.  Adakah itu keputusan muktamad atau masih ada lagi penilaian lain ... aku pun tak tau. Andai itu bukan yang terakhir aku masih mengharapkan kemenangan keatas Mialiana.com."

p/s: terharunya Mia..... terasa begitu dihargai...

14 comments:

  1. Tahniah akak mia..walaupun tempat kedua...it's better than none right ?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mizah... tapi keputusan sebenar dan muktamad akan diumumkan pada malam penganugerahan DiGi WWWOW Awards 2012, 9 Jun 2012 nanti..

      Delete
  2. post nh.. sori.. xtaw knp ip kn banned.. xpernh spam dn post iklan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tak pasti pula la kak mia... minta maaf ya..

      Delete
  3. congrats kak mia. walaupun dapat #2 je. U did your best. Thumbs up!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak Mia.. Tak mengapa tahun depan tentu akak boleh menjuarai takhta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... uikkk cukuplah 2 tahun ni je masuk... tahun depan rasanya mungkin dah tak masuk lagi kot...

      Delete
  5. Mia, kpah dah buat entry sponsor Arctic ice dan D'Qalesya tu serentak. Kalu mia nak kpah buat satu-satu, kpah akan ubah. http://effa-k-poh.blogspot.com/2012/05/artic-ice-energy-dqalesya-boutique.html#links

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak pah. diharap kak pah dapat asingkan. 1 entri untuk 1 sponsor seperti yang telah diputuskan dalam perbincangan mia dengan mereka.

      Delete
  6. Bnyakkan Berdoa ..
    Usaha dah sudah .. skg waktu kite twakal & Berdoa..

    ReplyDelete