Alhamdulillah, semalam balik-balik rumah aje, dapat surat dari Nuffnang. Suka sangat, rasanya macam dapat duit raya. Gembira tak terkata. Mia cashout pada 30 Julai 2010 yang lepas. Terima kasih Nuffnang.

Oh ya! Nak tahu berapa amaun cek pertama Mia? Sebenarnya Mia segan nak beritahu. Tetapi memandangkan ramai blogger dah berbuat demikian, Mia pun nak beritahu juga. Sekurang-sekurangnya prestasi pencapaian blog dapat direkodkan dari semasa ke semasa. Harap maaf, tujuan Mia bukanlah untuk menunjuk-menunjuk walaupun amaun yang diterima tidaklah sebanyak mana. Bersyukur atas apa yang ada.


Kawan-kawan blogger tentulah dah mengenali Mia, kan? Mia tak pernah berkira pun. Tapi Mia kenal dan ingat kawan-kawan blogger yang rajin berkunjung ke sini dan nuff iklan Mia... Terima kasih tak terhingga diucapkan. Sama-samalah kita menjana pendapatan sampingan di arena blogging ini...

p/s: terfikir juga kenapa dari dulu tahun 2007 tidak letak iklan kat dalam blog... nak sedapkan hati, mungkin dulu untuk suka-suka, tapi sekarang pendapatan sampingan...