Kerja tetap kerja. Hias tetap hias. Masa perlu diluangkan untuk menghias ruangan ofis. Al-maklum lah setiap tahun memang macam ni. Kalau tak buat macam tak sah. Maka inisiatif perlu ada untuk menghias dan mencantikkan ruang bahagian atau unit masing-masing bagi menyambut Hari Lebaran tak lama lagi.

Pening gak nak buat ketupat ini, apa taknya setahun sekali je baru buat. Terkial-kial juga dibuatnya. Kakitangan Unit Teknologi Maklumat dan pelajar praktikal sama-sama buat ketupat menggunakan reben warna-warni. Susah juga nak buat ketupat guna reben ni.. licin.. walaupun leceh tapi hasilnya tetap memuaskan.

Ada banyak jenis ketupat. Ketupat yang glamour, jenis bawang dan jenis sate. Nak tahu cara-caranya? Pilih 2 warna reben yang menarik. Kalau sama warna nanti nampak macam tak meriah . Mula-mula buat rangka dulu lepas tu teruskan anyam sampailah habis. Ketat-ketatkan sedikit.

Ni gambar Lala Reika, pelajar praktikal ketika sedang buat ketupat

Macam mana? Banyak lagi ketupat yang perlu dibuat ni. Esok last menganyam. Rasa betul-betul semangat nak raya ni, buat ketupat diiringi lagu raya...

Baru hias sedikit, ingat nak tambah ketupat lagi...

p/s: macamana dengan persiapan ofis kengkawan blogger? dah siap ke tengah buat... heheh...