image Bertemu Kawan Sekolah Lama TIGS di Rumah Zureen - Mia Liana

Friday, 2 September 2011

# Community

Bertemu Kawan Sekolah Lama TIGS di Rumah Zureen


Tengahari tadi, semasa Mia mengemas-ngemas nak balik ke Johor Bahru. Tergerak pula hati nak tengok FB pula. Bila tengok di Group TIGS, Zureen ada ajak kawan-kawan pergi makan-makan di rumah dia di Sungai Lurus. Kebetulan memang Mia lalu kawasan situ nak balik Johor Bahru. Kalau lalu Air Hitam tentu sesak jalan raya.

Mula-mula agak kekok sebab dah lama sangat tak jumpa mereka. Lepas tu, terus meriah borak sana sini. Nasib baik lah diorang ni ingat Mia lagi. Masing-masing telah berkeluarga dan mempunyai anak. Rasa masa macam tidak mencukupi nak berborak lama-lama. Dalam pukul 6.15 petang, Mia sekeluarga terus pulang ke Johor Bahru secara santai-santai melalui jalan Pontian.

Bukannya Mia sombong, Mia tidak ingat. Mia cuma ingat masa sekolah dulu, Mia seorang pustakawan. Tapi bila jumpa diorang, katanya Mia pengawas. Apa-apa pun Mia teringin sangat nak jumpa kawan-kawan yang lain.

Terima kasih ya Zureen, cari Mia balik di Facebook. Jom tengok kawan-kawan lama Mia, Zureen, Zura, Noi, Shahmun dan Sheena... zassss...








p/s: terasa macam badan dah naik sedikit ni, asyik makan aje...

3 comments:

  1. hah??? TIGS?? TIGS batu pahat tu la kan kan? tahun bila??

    ReplyDelete
  2. ya.. tigs batu pahat. kak mia belajar dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, tahun 1991 - 1995.

    ReplyDelete