image SENYAP - Sesi 1 - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 21 September 2011

# SENYAP

SENYAP - Sesi 1


Sesi taklimat untuk program SENYAP ini telah disampaikan oleh Presiden ITYM sendiri, iaitu Khaireel. Bermula dengan latarbelakang bagaimana wujudnya ITYM sehinggalah kepada pelbagai aktiviti program yang telah dijalankan. 

Melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia, kajian telah dibuat ke atas beberapa kes bagi mengenalpasti keperluan dan kehendak generasi belia secara amnya. Sebagai output, belia yang ideal terdiri daripada 3 aspek iaitu mereka yang mempunyai Thinking, Action dan Effort dalam erti kata lain... berfikir, bertindak dan berusaha. Tanpa ketiga-tiga aspek ini, tiadalah belia yang ideal. Terdapat 6 inisiatif yang telah dihasilkan iaitu, Mycorps, Youth Icon, Youth Parliament, Vyrec, MyPark dan The Leader's. Setiap satu mempunyai fungsinya tersendiri.

Sesi taklimat memfokuskan betapa pentingnya Vyrec sebagai permulaan dan kami telah diberikan penerangan terperinci tentang Vyrec bagaimana ingin menjadikan Vyrec sebagai One-Stop-Centre bagi golongan belia dalam menyebarkan maklumat yang benar dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kerajaan memandang serius terhadap penyebaran maklumat yang salah dan akan dipantau secara berterusan dan mengambil langkah tertentu demi menjaga generasi belia yang akan datang.

Melalui program SENYAP ini yang kebanyakannya terdiri dari golongan blogger akan mendapat kesedaran dan pendedahan untuk menjadi blogger yang beretika dan bermatlamat bagi menjaga imej negara. 

Ilmu yang disampaikan terlalu bermakna dan Mia kongsikan di sini slide powerpoint (sila klik untuk besarkan gambar) semasa sesi 1 program SENYAP. zassss...














p/s: sambungan slide pada entri seterusnya...

12 comments:

  1. Inilah usaha Kerajaan Malaysia untuk mendekati golongan belia terutamanya belia IT masa kini yang aktif dalam alam maya. Maklumat mudah dan cepat tersebar melalui Teknologi Media terkini.

    ReplyDelete
  2. @Izzuddin Fauzi heheh... kena biasakan. senang untuk mereka yang belum join SENYAP, supaya tahu apa yang kita tahu...

    ReplyDelete
  3. @IsmailDotCom ya betul... belia sekarang semakin leka dengan media sosial..

    ReplyDelete
  4. Ini Power Point penuh? Saya tidak dapat hadir perjumoaan SENYAP yang pertama

    ReplyDelete
  5. @caliph shuriken haah.. tu la.. tak sampai hajat nak jumpa caliph.. huhuh...

    takpe len kali aje...

    ReplyDelete