Mula-mula bercadang nak keluar awal pagi ke OUM Johor ini. Tetapi di sebelah pagi hujan lebat jadi Mia pun pergi dalam pukul 3.00 petang. Sampai sahaja pukul 3.30 petang cuma ada beberapa pelajar. Leganya tak ramai pun. Mia hanya bawa Course Registration Slip dan Surat Tawaran Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2011. Urusan pendaftaran selesai sekejap sahaja.

Selepas itu, Mia pergi ke kaunter pengambilan buku di sebelah luar. Sofea memang suka masa ini, macam dia yang nak belajar di sini. Tak sampai pun pukul 4.00 petang, kami terus gerak pergi beraya di rumah saudara dan rakan di kawasan Johor Bahru pula. Semalam, kawasan Kota Tinggi.





p/s: tak sabar nak tunggu semester Januari 2012 depan, semester terakhir pengajian Mia di OUM ini....