image Tukar Wiper Dan Tambah Lampu Belakang di Getz Mia - Mia Liana

Wednesday, 28 September 2011

# Hyundai Getz

Tukar Wiper Dan Tambah Lampu Belakang di Getz Mia


Sebenarnya Mia tidak berapa pandai sangat nak menjaga kereta. Semuanya suami Mia yang buat, cuci, polish, wax selama hampir 2 tahun ini. Memandangkan warnanya putih, memang kena betul-betul jaga. Selalunya dalam 4 atau 5 hari, suami Mia akan cuci kereta Mia. Terima kasih ya...

Yang bestnya, suami Mia dah tukarkan kepada wiper yang lembut tu, tak tahu pula apa namanya. Jadi bila hujan, terasa bersih dan tidak berbunyi cermin kereta dilap bila guna wiper jenis ini. Sukanya, dengan syarat kena sentiasa naikkan wiper bila parking di tempat panas. Nasib baik syaratnya tak susah.



Ada satu lagi yang dia belikan. Lampu kelap kelip yang di belakang ini. Warnanya pink. Bila tekan brek baru menyala. Comel je, kan? Kalau waktu malam nampak lagi terang dan menarik. Kalau orang belakang tak perasan lampu ini, memang tak tahu lah nak cakap apa...



p/s: sayang sangat pada kereta ini.

12 comments:

  1. kpah pun sayang sangat kat kancil buruk kpah tu....

    ReplyDelete
  2. hu3 pempuan zaman skrg dah pandai makeup keter.. hu3

    ReplyDelete
  3. @kpah k-poh heheheh... nilai sentimental tu ada... tu la, kak pah. mia pun sayang juga kat kereta mia yang lama..

    ReplyDelete
  4. @kutoOobambOo / ericoanaci uikkkk takde lah makeup... tambah aksesori je... tu pun suami yang belikan..

    ReplyDelete
  5. keter tuh ada tukang jaganyer.. so sygngilah beliau juger...ehehehhe.. kalo bab2 kereta neh mmg suami kitalah semernyer kan?

    ReplyDelete
  6. bui pun sama..sllnya hubby yg tolong jaga..hehe

    ReplyDelete
  7. @akuzlehaah... mestilah sayang suami... dah suami sayang kita dan kereta kita... :)

    ReplyDelete
  8. @Bui Junaidi ooo.. sebab kita ni memang tak reti sangat pasal keta. tahu bawak aje.. mia pun sama dengan bui...

    ReplyDelete
  9. dah join Getzzone tak?
    search la Getzzone kat FB

    Nizam

    ReplyDelete
  10. @Anonymous dah join sejak awal 2010. cuma tak aktif sebab password dah lupa. heheheh....

    ReplyDelete