image Cara Mudah Mencari Muka Surat Di Dalam Al-Quran - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 5 September 2011

# Tips

Cara Mudah Mencari Muka Surat Di Dalam Al-Quran


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada dua benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Pahala paling senang dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yang hendak dikongsikan di sini adalah cara untuk mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama-sama kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Marilah kita berkongsi bersama kaum keluarga dan rakan-rakan yang lain...

Sumber : Emel

14 comments:

  1. sungguh menakjubkan..
    Alhamdulillah ada kaedah yg mudah untuk kita semua..
    terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
  2. itulah keindahan Al-Quran, begitu juga dengan 6666 ayat dalam Al-Quran.

    ReplyDelete
  3. kakak, dhiya mohon izin utk share ye! tq!

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas komen yang diberikan.

    maklumat ini terlalu dan sangat berguna untuk kita sebagai orang Islam. Mia dapat pun melalui emel.

    sila lah share dengan family dan rakan2...

    ReplyDelete
  5. nice sharing...
    sop skrg suka dgn quran digital.. :)

    ReplyDelete
  6. ya allah. terima kasih kak untuk berkongsi pengetahuan itu. =) hhehhe

    ReplyDelete
  7. arigatou kongsi ilmu ni ^^

    pnah jgak trima kt emel tapi dh lama sgt sampai terlupa tips ni...

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas komen2 yang diberikan. selalunya kalau info yang diterima dari emel amat berguna untuk dikongsi dengan yang lain, mia akan letak dalam blog. senang untuk rujukan di kemudian hari.

    ReplyDelete