image Bubur Lambuk Di Pagi Krismas - Mia Liana

Sunday, 25 December 2011

# Dari Dapur Mia

Bubur Lambuk Di Pagi Krismas

Mia dan Suami Mia balik kampung di Batu Pahat malam tadi. Sofea pula memang dah balik kampung lebih awal diambil oleh Ayah Mia. Sepanjang perjalanan hujan, dan kereta dipandu ala-ala santai. Ayah Mia pula  memang bercadang masak bubur lambuk untuk hidangan kami sekeluarga.Dah lama rasanya tak merasa bubur lambuk. Adik-adik Mia semuanya balik. Riuhya bila berkumpul dan banyaklah cerita yang diborakkan.

Resepi dari ayah Mia. Lokasi di dapur rumah keluarga Mia. Masak bubur lambuk ibarat seperti masak bubur biasa cuma tambah bahan-bahan lain di dalamnya. 

Mula-mula panaskan minyak dan masukkan rempah tumis, hirisan bawang putih, bawang besar, halia, rempah soto dan sedikit lada sulah. Bila naik bau, masukkan daging kisar. Kemudian masukkan air secukupnya dan rebus sehingga daging kisar empuk. Bila empuk masukkan beras yang telah dicuci, kacang-kacang, jagung dan sayur-sayur campuran (sayur dipotong kecil). Kemudian masukkan serai yang telah dititik dan daun pandan.

Bila nasi sudah menjadi bubur, masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Hidangkan bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedap lagi dimakan dengan sambal kicap.





p/s: kenyang... jemputlah datang rumah untuk makan...

10 comments:

  1. bestnya bubur lambuk..lama dah x makan..biasa makan bulan puasa je..

    ReplyDelete
  2. lama xbedal bubur nie..

    ReplyDelete
  3. sedapnya makan bubur ni..
    biasenye bulan puasa je dapat makan.
    erm...
    xsabar cuti sem..
    nak paksa mak masakan..
    =)

    ReplyDelete
  4. @kiwi memang best makan bubur lambuk. pernuh dengan khasiat.

    ReplyDelete
  5. @Cik Rose Cute memang sedap cik rose... jom lah masak sama..

    ReplyDelete
  6. @ezin kalau terliur tu kena cepat-cepat makan, kang nanti mengidam pula..

    ReplyDelete
  7. @AkuBudakKampung.com haah... uikkk dahsyatnya nak paksa mak... memang susah nak dapat bubur lambuk time sekarang ni, nampaknya kena tunggu bulan puasa seterusnya.

    ReplyDelete