image MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY - Mia Liana

Wednesday, 7 December 2011

# Contest

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY


Untuk menyertai MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY ini, diminta untuk BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM.

Fikir-fikir punya fikir akhirnya tajuk yang diimpikan adalah "Keramat Cinta Teragung". Dahsyat betul tajuk ini, ibarat kisah dongeng atau lagenda. Maklumlah Mia memang suka sangat filem jenis ini.

Bagaimana boleh timbul pula tajuk filem ini pun Mia tak pasti. Tapi memang suka betul dengan perkataan Cinta. Ditambah dengan Keramat. Diakhiri dengan Teragung. Wahhh, menjadi lambang cinta sejati yang suci dan abadi. Jadi apalah salahnya disambung kisah Puteri Gunung Ledang.

Sinopsisnya begini, percintaan antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah terlalu sejati walaupun mereka tidak dapat bersama, mereka berharap agar keturunan mereka dapat menyambung ikatan percintaan mereka. Kiranya generasi yang sekarang inilah yang perlu disatukan supaya hajat mereka tercapai. Pelbagai dugaan dan rintangan harus dihadapi. Banyak gangguan lah kiranya. Boleh diselitkan dengan kuasa magik dan alamat mimpi (kiranya teknik CGI komputer perlu dimasukkan). Ini juga melibatkan takdir dan sejarah. Seorang gadis dari keturunan Puteri Gunung Ledang dan seorang jejaka dari keturunan Hang Tuah bertemu di waktu tidak terduga dan bibit percintaan bermula secara tidak sengaja.

Oppsss.. sampai situ sahaja. Yang lain kenalah pandai-pandai tokok tambah. Ini sahaja idea asal dari Mia. Walaupun sumbangan Mia ini tidak seberapa tetapi harap ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada penulis-penulis skrip di luar sana tu. Apa-apa pun diharap industri perfileman tanahair kita akan setanding dengan negara lain. Buat lah yang terbaik!

p/s: cuma ada bakat dalam berangan je...

14 comments:

  1. wah hebatnya imaginasi mia ..salam kenalan dari Melaka...mama kagumi kamu..

    ReplyDelete
  2. kira-kira dalam cerita nie puteri gunong ledang@puteri anjasmoro naik kuda terbanglah(unicorn) sebagai pengangkutan...pastu Hang Tuah naik naga..lah....best best....suka

    ReplyDelete
  3. kalau ada puteri mesti ada nenek kebayan...nak jadi nenek kebayan boleh tak???

    ReplyDelete
  4. Wahhhhh terharunya akak.. Tks mia sebb selalu support blog akak.. Tks for joining GA akak.. really appreciate it... tks Mia =)

    ReplyDelete
  5. akak saya cuma makan jamu ratu dara jer....hahahha ok dak ;)

    ReplyDelete
  6. all de best mia...
    mia dear, nanti singgah blog sopis juga ek...;)
    http://sopis.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. @tunz terima kasih mama tunz.. ni mia berangan je...memang suka citer2 epik, mitos dan lagenda.

    ReplyDelete
  8. @kpah k-poh kak pah muda lagi, macam tak sesuai pulak nak jadi nenek kebayan. nanti kena tanya mak dara dulu la... hehehe..

    p/s: tahu.. kak pah memang berbakat dalam lakonan tu...

    ReplyDelete
  9. @ADZA IRDAWATI aka MAK DARA terima kasih kak... saja support akak apa salahnya. akak pun banyak support mia.. :)

    ReplyDelete
  10. @Cik Kasut wahhh hebatnya... siap makan jamu lagi... best2..

    ReplyDelete
  11. @sopisTcated terima kasih... dah lawat blog sopis tadi. selamat berkenalan...

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH MIA!!! Mia antara pemenang MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY!!!!! Sila hantarkan nama, alamat dan nombor telefon anda ke email mrs_martias@yahoo.com

    Tahniah dan semoga dapat bertemu lagi di GA akak yang akan datang ya..

    http://www.bicaramakdara.com/2011/12/keputusan-pemenang-mak-dara-fabulous.html

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mia...tahniah kerana mendpt tempat ketiga dlm contest mak dara yer...:)

    ReplyDelete